Ibu bapa boleh mengetahui dari awal jika anak-anak mereka boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak pintar. Walaubagaimanapun, ada juga anak kecil yang tida menunjukkan ciri-ciri ini pada peringkat awal, sebaliknya akan datang sepanjang pembesaran mereka.
Cuba perhatikan jika anak-anak anda ada ciri-ciri seperti di bawah:
- Pengamatan tinggi Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang
- Keinginan untuk tahu tinggi Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara
- Minat mendalam Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut
- Menerima infomasi dengan pantas Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak
- Ingatan yang tinggi Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat
- Mungkin dapat membaca lebih awal Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun
- Kerap membaca serta meluas Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas
- Tatabahasa yang tinggi Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik
- Tahap penumpuan yang lama Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran
- Kebolehan menyelesaikan masalah Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi\
- Suka bertanya dengan lebih teliti Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku
- Keupayaan imaginasi yang tinggi Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya
- Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar
- Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan
- Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain
- Bersemangat dan bertenaga Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian
- Pandai berjenaka Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami
- Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna
- Perkembangan asynchronous Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya
Sumber: Facebook
Comments