Reunion Sekolah Yang Havoc








Alhamdulillah pada tarikh 17 Januari 2015 dapat juga saya berjumpa dengan rakan sekolah yang mana memang saya tak pernah jumpa selepas kurang lebih 16 tahun saya tidak bertemu. Reunion kali ini kami bersepakat untuk mengadakan perlawanan boling yang di adakan di Ampang Superbow;, Mahkota Parade Melaka, 2 orang setiap kumpulan. Memang meninggalkan kesan manis buat kami semua. Alhamdulillah. 
Kami bermain 4 game hahahha selalu orang buat tournament 2 game je tapi kami buat 4 game terus. Memang rasa nak tercabut bahu saya tapi sebabkan seronok hilang semua rasa letih. Ini antara gambar-gambar semasa berlangsungnya hari perjumapaan tersebut.

Hadiah Cabutan Bertuah

Cenderahati

Cenderahati dan Hadiah
Bukan senang nak kumpulkan semua tapi alhamdulillah dapat juga kumpul sebahagian walaupun antara kami bukan dari kelas yang sama. Masing-masing tergambar wajah gembira. Semoga tali persahabatn kita semua akan berkekalan hingga hujung nyawa. 

Comments