Kenali Anak-anak Pintar

Ibu bapa boleh mengetahui dari awal jika anak-anak mereka boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak pintar. Walaubagaimanapun, ada juga anak kecil yang tida menunjukkan ciri-ciri ini pada peringkat awal, sebaliknya akan datang sepanjang pembesaran mereka.


Cuba perhatikan jika anak-anak anda ada ciri-ciri seperti di bawah:
  1.  Pengamatan tinggi Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang
  2. Keinginan untuk tahu tinggi Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara
  3. Minat mendalam Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut
  4.  Menerima infomasi dengan pantas Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak
  5. Ingatan yang tinggi Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat
  6. Mungkin dapat membaca lebih awal Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun
  7. Kerap membaca serta meluas Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas
  8. Tatabahasa yang tinggi Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik
  9. Tahap penumpuan yang lama Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran
  10. Kebolehan menyelesaikan masalah Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi\
  11. Suka bertanya dengan lebih teliti Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku
  12. Keupayaan imaginasi yang tinggi Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya
  13. Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar
  14. Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan
  15. Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain
  16. Bersemangat dan bertenaga Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian
  17. Pandai berjenaka Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami
  18. Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna
  19. Perkembangan asynchronous Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya

Sumber: Facebook

Comments