Sarapan Pagi

Dulu saya memang tidak suka mengambil sarapan pagi. Sebabnya saya fikir saya akan gemuk kalau saya makan pagi. Yelah mana tak gemuk kalau sarapannya nasi lemak, roti canai kan.Masih ramai masyarakat yang tidak tahu kepentingan bersarapan pagi. Antara alasan mereka adalah seperti tiada selera makan, takut kenaikan berat badan dan sebagainya. Ada pula yang beranggapan pengambilan sarapan pagi menyebabkan seseorang lebih mengantuk dan letih atau kurang daya tumpuan.

Sama ada berselera atau tidak, jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi. Sesuatu perkara yang dipraktikkan setiap hari akan menjadi rutin harian. Untuk itu, mulakan sarapan pagi mulai sekarang. Ini kerana ia berperanan membekalkan tenaga kepada tubuh badan bagi melakukan aktiviti harian yang sibuk.

Sarapan Pagi Yang Sihat
Pengambilan sarapan pagi dapat memberi banyak kebaikan kepada tubuh badan kita antaranya adalah:
  1. Memenuhi nutrisi yang diperlukan
    • Menu makanan yang terbaik sarapan pagi adalah yang mempunyai kabohidrat atau yang berserat tinggi . Makanan seperti oat, bijiran dan roti gandum sangat baik diambil waktu pagi kerana ia membekalkan tenaga dan  tidak cepat lapar. Saya mengamalkan pengambilan ESP di waktu pagi kerana membekalkan tenaga dan memberi saya kenyang yang lama. Esp mengandungi protein yang tinggi.
  2. Kurangkan berat badan
    • Sarapan pagi dengan perut yang masih kosong akan mempercepatkan pembakaran kalori secara lebih berkesan.
  3. Tingkatkan daya tumpuan
    • Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar tenaga dalam bentuk glukosa telah digunakan pada hari sebelumnya. Oleh itu, pengambilan makanan yang berglukosa diperlukan untuk menjana perkembangan otak dan daya tumpuan. Tanpa glukosa anda akan rasa letih dan kurang daya tumpuan kepada kerja yang anda lakukan.
  4. Mencegah dari sakit jantung
    •  Kandungan serat yang diperolehi dari bijirin dapat menyerap kolestrol yang terdapat di dalam badan. Penyerapan kolestrol  ini dapat mengurangan penyerapan kolestrol yang membahayakan kesihatan.
Begitu penting sarapan pagi untuk kita semua, jadi selepas ini jangan sesekali tidak mengambil sarapan pagi, kerana ia termasuk dalam diet sihat anda. Di sini juga saya ingin share beberapa tips untuk mereka yang susah nak ambil sarapan pagi :

  • Ambil makanan yang mempunyai serat, protein dan kalsium. Hidangan bijirin sudah cukup untuk sarapan pagi.
  • Jika anda seorang yang sibuk, hendaklah sentiasa bawa sekeping roti dan susu sebagai hidangan sebelum anda ke pejabat.
  • Hidangan telur baik sebagai menu sarapan pagi anda, Vitamin dan mineral yang terkandung didalamnya membantu memberi nutrisi yang diperlukan oleh badan.
  • Jika anda kurang berasa lapar pada waktu pagi, sebolehnya elakkan makan selepas pukul 8.00 malam pada hari sebelumnya. Esoknya pasti anda akan berasa lapar.


Comments