Asal Usul Shaklee



Semakin lama produk shaklee semakin menjadi sebutan ramai kerana keberkesannya dalam membantu ramai orang dalam mengekalkan kesihatan. Jadi di sini saya ingin bercerita mengenai sejarah bermulanya shaklee. Ok jom baca selanjutnya

Shaklee bermula  60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.
Hari ini, Shakleemerupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Shaklee melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk mereka Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
Shaklee menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
Shaklee telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
Shaklee juga menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan berkongsi produk yang mereka tawarkan.
Sehingga hari ini, Shaklee telah membayar komisen bernilai lebih $6.7 bilion kepada para Pengedar mereka, dan mereka menjemput anda untuk mengecapi manfaat memiliki perniagaan Shaklee anda sendiri.

Falsafah Produk Shaklee

Sejak lebih 50 tahun, jutaan keluarga telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Shaklee dalam mencorak gaya hidup sihat yang tidak dapat ditandingi oleh syarikat lain - iaitu dengan menghasilkan produk semula jadi yang selamat DAN terbukti berkesan.
Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik kepada setiap insan. Kami merealisasikannya dengan menghasilkan produk semula jadi yang sungguh luar biasa, yang membuatkan anda teruja untuk berkongsi tentang kelebihan produk kami dengan rakan-rakan anda. Setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee dirumus khusus untuk meningkatkan kesihatan, dengan rumusan yang terbukti berkesan dan tidak memudaratkan alam sekitar.
Tiga jaminan kami apabila anda memilih Shaklee – Ia sentiasa selamat, ia sentiasa berkesan, dan ia sentiasa mesra alam.

  • Sentiasa Selamat 
    • Keselamatan dan standard Shaklee tiada tandingannya bagi memastikan produk mereka Always Safe.Shaklee telah melaburkan lebih $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.
    • Shaklee Produk  tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam produk pesaing. Shaklee bekerjasama dengan ahli toksikologi bagi mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan mereka  mengemaskini senarai ini bagi memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk mereka.

      350 Ujian bagi setiap kandungan | 23,000 Ujian Keaslian dan Keselamatan setiap tahun | 100,000 Ujian Kualiti Produk setiap tahun
       
  • Sentiasa BerkesanBukti Saintifik & Klinikal:
    • 100 laporan saintifik & Kajian Landmark 2007
      • Shaklee menjamin keberkesanan agar anda sentiasa yakin bahawa produk Shaklee Always Works.Bukti klinikal ini boleh didapati dalam 100 laporan saintifik yang telah diterbitkan oleh Shaklee – ini adalah kajian semula setara dalam beberapa majalah utama.
      • Salah satu daripada ujian ini adalah Kajian Landmark pada tahun 2007, yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suplemen Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung.
  • Sentiasa Mesra Alam
    • Dr. Shaklee adalah pelopor Shaklee Corporation yang mengamalkan prinsip Living in Harmony with Nature®. Shaklee terus setia membawa legasi ini dan menjamin bahawa produk mereka Always Green. 
    • Shaklee sentiasa menggembleng usaha untuk mewujudkan dunia yang lebih baik. Mereka berbangga menjadi syarikat diiktiraf Climate Neutral yang pertama di dunia pada tahun 2000 kerana berjaya mengimbangi pelepasan karbon dalam setiap aktiviti shaklee bagi menjana impak sifar bersih terhadap alamsekitar – dan mereka melakukannya sebelum ia dipraktikkan secara meluas. Shaklee telah menghasilkan pencuci biorosot yang pertama, dan terus berusaha untuk menyediakan produk mampan yang Safe for You, Your Home and Your Planet®.
Menarikkan? memang sangat-sangat menarik asal usul shaklee ini. Bukan sahaja mereka cenderung memelihara kesihatan orang ramai malah shaklee mengambil berat akan status HALAL yang membolehkan orang muslim menggunakannya tanpa rasa ragu-ragu.

Comments