Bila anda mengalami gatal-gatal di kemaluan adalah sangat tidak selesa. Kat sini saya nak share cara untuk mengatasi masalah kulat di bahagian kemaluan anda.
Jangkitan kulat vagina adalah jangkitan di vagina yang melibatkan pembiakan sejenis kulat yang berlebihan yang dikenali sebagai “Candida Albicans”. Jangkitan ini lazimnya berlaku dikalangan wanita yang masih subur dan jarang berlaku sebelum bermulanya haid atau selepas menopos. Jenis kulat ini biasanya di jumpai di mulut, usus, faraj dan akan menjadi masalah sekiranya pembiakanya berlebihan. 15% dari wanita yang sihat mempunyai kulat ini dan tiada tanda-tanda. Wanita yang tiada tanda-tanda tidak perlu dirawat. Walau bagaimanapun, wanita yang mempunyai penyakit HIV dan wanita yang mengandung, insiden penyakit jangkitan kulat vagina mungkin lebih tinggi. 15% dari pesakit yang mempunyai ketahanan badan yang rendah boleh dapat jangkitan kulat sistemik yang lebih teruk.
Faktor yang menyebabkan seseorang wanita itu mendapat jangkitan kulat di vagina adalah :
- Rawatan antibiotik
- Mengandung
- Diabetes Mellitus yang tidak terkawal
- Kegemukan
- Pengidap penyakit HIV
- Menggunakan dos steroid yang tinggi
- Tekanan Perasaan
- Mereka yang menggunakan rawatan kanser ( Kemoterapi)
- Kekurangan zat makanan
Untuk pengetahuan semua jangkitan kulat adalah bukan penyakit kelamin. Tanda-tanda jangkitan kulat vagina adalah gatal, rasa hangat, sakit semasa hubungan seksual, tidak selesa, sakit semasa kencing dan irritasi (perengsaan). Semasa pemeriksaan, doktor mungkin mendapati bengkak dan merah di bahagian kemaluan dan lelehan putih kekuningan di vagina. Jangkitan lain seperti “bacterial vaginosis” atau “ gonorrhea” boleh menyerupai tanda-tanda vaginal candidiasis.
Petua yang berkesan digunakan semasa anda dijangkiti kulat di vagina adalah :
- Kalau anda tidak mempunyai sebarang krim anti-fungal apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mengambil 3 sudu besar garam lagi bagus garam bukit rendam bersama dengan air suam lepas tu cuci kemaluan anda dalam 3 kali sehari. InsyaAllah kulat itu akan tanggal.
- ubat-ubat anti fungal saperti nystatin, nizora dan banyak lagi di farmasi
Contoh Krim Anti-Fungal |
- Ubat pessary (saperti peluru) yang dimasukkan kedalam faraj. Berbagai jenama terdapat dalam pasaran.
- Makan 'probiotics' (bukan antibiotics) untuk membiakan bakteria2 kawan yg baik dalam bentuk pil supplement. Terdapat beberapa makanan yang jadi sumber probiotics saperti cheese, yogurt, miso, tempe dark chocolate dan buah olive. Lactobacillus membiak dalam usus dan berguna meningkatkan immunity.
- Makan kebih sikit bawang putih/garlic kerana ia punya daya antifungal dan antibakteria.Kalau rasa susah nak telan bawang putih banyak-banyak jalan mudah telan supplement garlic.
Supplemen Garlic |
- Minum satu sudu minyak kelapa dara (VCO) waktu sarapan dan makan malam. Ia juga mengandungi bahan2 antifungal dan antibakteria.
- Minum cranberry juice yg diiktiraf untuk rawatan jangkitan kuman disaluran kencing. Air limau nipis juga baik untuk tujuan ini.
- Utamakan pengambilan supplemen vitamin E dan Vitamin C. Bila sudah terkena jankitan kulat tingkatkan dos pengambilan vitamin c.
Vita E & Vita C - Gunakan seluar dalam yang longgar dan bersih.Kerap menukar seluar dalam.
Comments