Sesetengah orang melayu memang suka makan panas-panas kalau nasi sejuk lauk pun sejuk terus hilang selera makan. Malah ada yang marahkan bini sebab bagi lauk dah sejuk. Tahukah kamu keburukan makan makanan yang sedang panas di dalam Islam.
Suka makan dalam keadaan panas? Mari kita fikir sejenak tuntunan Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam, "Makanan itu tidak boleh disantap kecuali jika asap makanan yang panas sudah hilang. " ( HR. Baihaqi) .
Maka, jika makanan atau
minuman yang hendak engkau nikmati masih panas, tunggulah sehingga sejuk
atau dinginkan, tetapi jangan meniupnya . Ingatlah sabda Nabi
shallallahu ' alaihi wa sallam, " Dinginkan makanan dan minuman kamu sesungguhnya tidak ada kebaikan pada makanan / minuman yang panas. " (HR. Al- Hakim dan Ad- Dailami).
Gambar Hiasan |
Ibnul Qoyyim
Al-Jauziyyah rahimahullah berkata dalam Zadul Ma'ad, "Nabi shallallahu
'alaihi wa sallam tidak pernah menyantap makanan dalam keadaan masih
panas. " Beliau juga bersabda, " Sesungguhnya hal tersebut (menutup roti hingga sejuk) lebih besar barakahnya. " ( HR . Darimi dan Ahmad).
Di antara barakah makanan yang sejuk manurut Imam Nawawi rahimahullahu
ta'ala adalah, tidak menyebabkan gangguan dalam tubuh. Maka, masihkah
mahu makan kambing panas- panas?
Suka makan sate? Imam
Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu sebagaimana
termaktub dalam At -Targhib Wat- Tarhib. "Pernah Rasulullah (
Shallallahu ' alaihi wa sallam) mendatangi suatu kaum yang sedang makan
daging bakar, mereka mengajak beliau makan sama, tapi beliau menolak dan
tidak makan. Anas bin Malik radhiyallahu ' anhu berkata, " Rasulullah
tidak menyukai makanan bakar dan makanan panas. "
Beliau bersabda
sebagaimana terdapat dalam Al- Jami'ush Shaghir, "Makanlah makanan yang
sejuk sebab makanan sejuk itu ada barakahnya. Ingatlah! Makanan panas
itu tidak ada barakahnya . "
Suka makan sup? Imam
Ahmad rahimahullah meriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu' anha bahawa
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memakan sup kaki kambing yang
dikirimkan Abu Bakar radhiyallahu' anhu.
Apa yang patut kita
lakukan ketika makan? Kata Imam Nawawi dalam Al- Adzkaar , "Dianjurkan
berbicara ketika makan. " Imam Ahmad rahimahullahu ta'ala berkata, " Makan sambil memuji Allah itu lebih baik daripada makan sambil diam"
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana
bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika
(daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang
dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran
bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang
mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
Ada seorang Doctor memberitahu saya para pasangan yang sukar mendapatkan zuriat hendaklah mengelakkan mengambil makanan yang panas kerana ia boleh mematikan telur wanita atau sperma lelaki ketika hendak disenyawakan. Kepada pasangan yang inginkan zuriat cubalah teori ini mana tau berhasil.

Comments