Hidup bekeluarga memang menjadi impian setiap orang di atas muki bumi Allah ini . Mempunyai suami dan isteri yang dicintai adalah fitrah semulajadi manusia. Setelah ijab dan kabul maka bermulalah episod berkeluarga yang penuh masam dan manisnya.
Selain dari kebahagiaan yang dikecap, kita juga harus mempersiapkan diri dalam menempuh badai gelora yang bakal tiba di episod-episod yang bakal kita lalui dalam dunia berkeluarga ini. Jika dahulu kita hidup dalam suasana bebas untuk melakukan sesuatu, namun selepas berkahwin tiada istilah hidup bujang.
Tanggungjawab terhadap keluarga bermula sebaik sahaja seseorang itu
dikahwinkan. Bermulanya tanggungjawab terhadap isteri, mahupun suami
sehinggalah kepada anak-anak. Berkahwin dan berkeluarga amat disukai
Rasulullah S.A.W. Baginda juga menyarankan agar mempunyai anak
yang ramai bagi pasangan yang baik kerana dengan lahirnya ramai anak,
maka lahirlah ramai penerus dan penyebar syiar Islam. Menjaga keluarga
telahpun diperintahkan secara terus dari Allah S.W.T kepada kita semua. Firman Allah S.W.T:
Selain dari kebahagiaan yang dikecap, kita juga harus mempersiapkan diri dalam menempuh badai gelora yang bakal tiba di episod-episod yang bakal kita lalui dalam dunia berkeluarga ini. Jika dahulu kita hidup dalam suasana bebas untuk melakukan sesuatu, namun selepas berkahwin tiada istilah hidup bujang.
Sebuah Perkahwinan |
“Wahai
orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah
terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan
apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim: 6)
Lahirnya zuriat itu adalah pengikat kasih sayang antara suami isteri. Seharusnya kita sebagai ibu bapa sentiasa berdoa supaya anak-anak menjadi soleh, Anak-anak yang soleh solehah inilah yang akan mendoakan kesejahteraan
ibu dan bapanya di alam kubur kelak. Doa mereka akan sentiasa mengiringi
orang tuanya meskipun mereka telah meninggal dunia. Bukankah anak soleh
dan solehah itu suatu kelebihan dan anugerah buat ibu dan bapa?
Menghidupkan suasana Islam dalam keluarga atau biah solehah
adalah seruan yang dituntut buat kita semua para suami, isteri, dan
sesiapa yang bakal berada di alam rumah tangga ini. Jika sejak dari mula
perkahwinan
“mode Islam” itu diaktifkan, keluarga akan lebih cenderung dan akrab
dengan Islam. Adalah wajib untuk mengajar anak-anak ilmu fardhu ain
seperti akidah, ibadah, akhlak, serta syariat-syariat Islam yang
lainnya.
Hubungan yang erat antara suami isteri memainkan peranan yang penting dalam sesebuah institusi keluarga, jadi di sini saya share kan tips berguna yang sentiasa diterapkan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah :
- PUJI - Setiap pasangan perlu saling memuji antara satusama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
- PENGHARGAAN - Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
- PERHATIAN - Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian
boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan. - PERSEFAHAMAN - Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan
memahami kerjaya masing-masing. - PERGAULAN - Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan
masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui
batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang
ketiga. - PERCUTIAN - Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan
pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. - PERMOHONAN - Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Comments