Mengandung
Sebelum
tidur ni terkenang zaman disahkan mengandung anak sulung... punyalah
bersyukur yg amat.. Ingatkan tak berpeluang merasa menjadi ibu... tapi
syukur alhamdulillah diberi kesempatan untuk saya menjadi seorang
ibu...disahkan mengandung sebulan selepas operate actopic.Memang
terkejut. Hanya Allah saja yang tau apa yang terlintas dihati masa tu...
Suami? Gembira tak terkata... ni gambar yang ada dalam simpanan ketika
kandungan berusia 7 bulan
Mengandung Anak Sulung |
Mengandung kali ke dua disahkan selepas usia anak sulung nak masuk 3 tahun.Alhamdulillah.3 kali mengandung yang pertama disahkan mengandung tetapi kandungan luar rahim atau actopic.
Mengandung anak Ke dua |
Kelakar
nya tengok gambar ni. Mengandung sulung perut tak berapa
besar..Mengandung ke dua pula perut membuyut besar. Masa awal-awal
ngandung biasalah kena mabuk-mabuk...ehh bukan mabuk todi tau tapi
alahan ketika mengandung... bau-bau makanan tak boleh, orang masak pon
tak boleh, nak masak sendiri lagilah tak boleh. Best juga time tu 5 bln
cuti masak...ngeh ngeh ngeh... Dua-dua saya ada buat 4D scan. Scan ini
di buat ketika usia kandungan 7 bulan. Dua-dua clear nampak baby boy.
Scan Daniel Rayyan |
Scan Adam Ammar |
Anak Sulung
Seminggu
sebelum kelahiran kena demam panas. Kena lah tahan wad 5 hari,
punyalah lama tu... Masa dalam wad ada yang lagi kesian baby songsang,
mak kena darah tinggi, ada yang kena diabetes so diorang kena
bermaustautin dalam wad sampai diorg selamat melahirkan...
Semasa
hari nak bersalin bangun dari pagi dalam pukul 6.30pg tersedar ada
keluar darah sedikit. Saya bagi tau suami dan terus bergegas ke
hospital.Hari bekerja jem pula faham-faham sajalah. Tunggu punya
tunggu sampai lah giliran saya pukul 12 tengah hari. Lamakan...Doktor
cek bukaan telah 3cm so kenalah tahan wad. Duduklah dalam wad biasa. Oh
lupa masa melahirkan Rayyan dalam bulan Ramadhan. Teringat pesan arwah
emak semasa nak bersalin amalkan bacaan :
Masa
pukul 3ptg bukaan baru buka 4cm so doctor dah suro masuk bilik
bersalin. Ya Allah punyalah berdebar-debar masa tu. Sentiasa memohon
pada Allah agar selamatkan saya dan baby. Masa dalam bilik bersalin saya
membuat keputusan untuk mengambil epidural iaitu ubat tahan sakit...
Genap
38 minggu bersalin lah saya... 23/9/2008 tarikh keramat di mana
lahirnya putera sulung saya di PPUM jam 2316 dengan berat 3.05kg.
Alhamdulillah... kami memberi nama Muhammad Daniel Rayyan...
Muhammad Daniel Rayyan |
Ini
lah muka baby saya yang sulung... Alhamdulillah tanpa rasa terbeban
dengan keletihan... sakit pening...saya takkan merungut kerana inilah
anugerah yang paling terindah dalam hidup saya...kurniaan Illahi....
Anak Ke dua
Pengalaman anak ke dua ni pula berbeza sebab dilahirkan pula dalam bulan syawal. Alhamdulillah sorang bulan Ramadhan sorang lagi bulan Syawal. Kawasan rumah saya kalau hari raya sabtu dengan ahad memanglah jammed tersangatlah teruk. Selepas solat hari-hari memang berdoa agar Allah bagi laluan yang baik masa saya bersalin.
Tepat pukul 1a.m 24 september 2011 tetiba rasa baby menendang terlalu kuat and then terus keluar air.. Kami pun suami isteri kelam kabut lah bersiap nak ke hospital. Alhamdulillah dalam hati nasiblah hari sabtu tapi pagi-pagi rabun, syukur sangat tak mengadap jammed dalam saat-saat cemas ni. Sampai saja hospital terus jumpa nurse dan bagi tau apa yang berlaku... Lepas tu kami gelak lah laki bini sebabnya itu bukan air ketuban tapi Mummy terkencing dahhhh sebab baby tendang kuat sangat... Malunya aiiiii tapi alhamdulillah Doctor cakap dah buka 3cm so kenalah tahan wad. Cek punya cek dah pukul 3 pg.Masuklah labour room kali ni duduk sorang-sorang tak berkongsi dengan sesiapa.
Tapi jerit pekik orang nak bersalin tu still dengar dan memang menambah kecut perut saya. Apalagi amalan yang saya tak pernah tinggal zikir bagi menghilangkan rasa berdebar dan mempermudahkan proses kelahiran.
Start pukul 6pg dah start contraction baby nak keluar. Kali ni baru terasa sakitlah sebab saya tak ambil epidural. Hanya Allah sahaja yang tahu sakit nak melahirkan baby. Mengulas punya mengulas tepat jam 8.17a.m lahirlah baby boy lagi, berat 3.31kg yang kami berikan nama Muhammad Adam Ammar.
Hari
berganti hari, musim berganti musim anak-anak pun dah semakin besar.
Rayyan dah berusia 6 tahun Ammar dah masuk 3 tahun. Anugerah yang tak
disangka mereka lahir selang sehari. Rayyan 23/9/2008 Ammar pula lahir
24/9/2011 senang kami nak sambut birthday mereka. Ini lah wajah
kesayangan hamba sekarang. Doa kami sebagai ibu semoga Allah pelihara mereka menjadi anak-anak yang Soleh dan berguna kepada agama,nusa dan bangsa.
BerpantangAnak Ke dua
Pengalaman anak ke dua ni pula berbeza sebab dilahirkan pula dalam bulan syawal. Alhamdulillah sorang bulan Ramadhan sorang lagi bulan Syawal. Kawasan rumah saya kalau hari raya sabtu dengan ahad memanglah jammed tersangatlah teruk. Selepas solat hari-hari memang berdoa agar Allah bagi laluan yang baik masa saya bersalin.
Tepat pukul 1a.m 24 september 2011 tetiba rasa baby menendang terlalu kuat and then terus keluar air.. Kami pun suami isteri kelam kabut lah bersiap nak ke hospital. Alhamdulillah dalam hati nasiblah hari sabtu tapi pagi-pagi rabun, syukur sangat tak mengadap jammed dalam saat-saat cemas ni. Sampai saja hospital terus jumpa nurse dan bagi tau apa yang berlaku... Lepas tu kami gelak lah laki bini sebabnya itu bukan air ketuban tapi Mummy terkencing dahhhh sebab baby tendang kuat sangat... Malunya aiiiii tapi alhamdulillah Doctor cakap dah buka 3cm so kenalah tahan wad. Cek punya cek dah pukul 3 pg.Masuklah labour room kali ni duduk sorang-sorang tak berkongsi dengan sesiapa.
Tapi jerit pekik orang nak bersalin tu still dengar dan memang menambah kecut perut saya. Apalagi amalan yang saya tak pernah tinggal zikir bagi menghilangkan rasa berdebar dan mempermudahkan proses kelahiran.
Start pukul 6pg dah start contraction baby nak keluar. Kali ni baru terasa sakitlah sebab saya tak ambil epidural. Hanya Allah sahaja yang tahu sakit nak melahirkan baby. Mengulas punya mengulas tepat jam 8.17a.m lahirlah baby boy lagi, berat 3.31kg yang kami berikan nama Muhammad Adam Ammar.
Muhammad Adam Ammar |
Muhammad Daniel Rayyan |
Muhammad Adam Ammar |
Amalan berpantang yang saya amalkan masa saya bersalin ialah makan jamu, berurut dan bertungku. Paling saya suka berurut. Terasa hilang stress bila pakar datang mengurut.
Sekarang bukan macam dulu semua jamu dah main letak dalam capsule jadi dah tak payah nak rasa pahit-pahit lagi. Anak pertama saya ambil set berpantang dari amway. Manakala anak ke dua saya cuba pula set berpantang jamu mak dara. Saya ambil dua set lengkap bersama bengkung. Kalau nak cerita pasal bengkung jamu mak dara punya bengkung lagi best pakai... Dari segi jamu saya lagi suka jamu dari Amway.
Set Berpantang Amway |
Set Berpantang Jamu Mak Dara |
Comments