Marilah kita sama-sama mengingati Allah SWT dan Rasul kita dengan menjadikan zikir sebagai pelengkap hidup kita setiap hari. InsyaAllah dengan berzikir Allah SWT akan lebih sayang kepada kita. InsyAllah.
Pesan Imam Al-Bukhari: ‘Zikir adalah tugas harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan. Berzikirlah setiap masa agar Allah sentiasa ingatkan kita setiap masa.’ Demikian indahnya wasiat beliau kepada kita semua. Biasakanlah hati dan lidah kita berzikir kepada Allah kerana inilah yang dituntut Allah kepada kita.
Menurut Syeikh Hakim Moinuddin Chisti, kita akan mendapat 10 kebaikan kesan dari berzikir. Antaranya ialah:
1. Dapat membentengkan diri daripada bisikan syaitan.
2. Orang yang berzikir akan dilimpahi keredaan Allah
3. Dimurahkan ruang rezekinya
4. Membangkitkan aura sahsiah peribadi murni
5. Menghidup dan menjernihkan hati.
6. Mukmin yang senang berzikir itu akan mencapai taraf hampir dengan Allah
7. Mengelakkan diri daripada sifat mazmumah seperti mengumpat dan mengeji
8. Berupaya membina fikiran yang positif dan dinamik
9. Bersedia untuk hidup penuh berani
10. Dapat menenggelamkan sifat munafiq
Zikir menjadi keperluan harian saya tanpa zikir sekarang hidup macam tak lengkap. Amalan zikir ini dapat mendekatkan diri saya dengan Allah. Bila kita berzikir, menyebut nama-nama suci ini bukan sahaja dapat mendekatkan diri dengan Allah malah setiap ucapan dari lidah kita itu membawa seribu kebaikan. Ketenangan semasa berzikir tu hanya mereka yang melakukannya sahaja yang tahu.
lafaz lengkap
Astaghfirullah-hal-‘azim, allazi-la-ila-ha-illa-huwal-hayyul-qay-yumu, wa-atubu-i-laih (rujuk al-Ma’thurat).
Yang bermaksud : ‘Aku
mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tidak ada Tuhan selain Dia,
yang hidup dan selalu jaga dan aku bertaubat kepada-Mu.’
Antara kelebihan zikir ini menurut seorang ustaz ia kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT dan sekiranya kita sedang berhadapan dengan masalah atau kesukaran, Allah SWT akan menolong kita dalam keadaan yang tak dijangka.
Daripada Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa
sahaja yang selalu beristighfar, nescaya Allah memberikannya jalan
keluar dari setiap kesulitan, kelapangan dan kegelisahan, dan rezeki
tidak terduga.” (Ahmad, Abu Daud al-Nasa’i)
Bila saya ucapkannya umpama ia meresap keseluruh hati saya dan memberi seribu keinsafan dalam diri yang kerdil ini. Betapa banyak saya telah melakukan dosa ya Allah...
Beramal dengan Astaghfirullah..
juga, hati akan menjadi tenang, tidak resah gelisah, tidak keluh kesah,
tidak putus asa, awet muda, positif thinking dan banyak lagi.
Di dalam al-Quran, Allah SWT mengingatkan kita dengan firman-Nya yang bermaksud: “Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Ar-Rad, 8)
Ini bermakna, jika kita rajin berzikir, terutamanya dengan Astaghfirullah.., maka kita akan memperoleh ketenangan dan ketenteraman di dalam hati kita.
Sesungguhnya,
nikmat hati yang tenang, tenteram, gembira walaupun sedang berhadapan
dengan kesukaran hidup, adalah suatu nikmat yang tidak ada tolok
bandingnya. Suatu nikmat yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit dan
kemewahan.
Saya sentiasa mengamalkan sebelum saya tidur cukup 100 kali terasa lengkap kehidupan saya untuk satu hari. Antara pelengkap harian saya adalah:
- Ya Allah 100x
- Istigfar 100x
- Selawat ke atas nabi 100x
- Ya Wahab 300x
Tasbih digital |
Tasbih digital memang nampak macam biasa saja tapi banyak kelebihannya. Macam saya ni kadang-kadang kuat pelupa bila kita zikir anak tetiba nak tu, nak ni, tanya tu, tanya ni lepas tu lupa kita dah zikir dah sampai berapa... Itu gunanya tasbih digital ni dia akan save berapa kali yang kita dah zikir just tekan saja dia akan start kira. Bila kita dah cukup kiraan zikir, kita boleh reset sahaja apa yang ada dan mulakan zikir yang baru.
melalui zikir kita dapat menyembuhkan penyakit hati daripada karat debu
dosa yang dilakukan. Berzikir juga Allah janjikan akan mengangkat
darjatnya seperti dikatakan oleh Rasulullah SAW:
“Apakah kamu mahu aku
ceritakan kepadamu berkenaan amal perbuatanmu yang terbaik dan yang
paling bersih dalam pandangan Allah serta orang yang tertinggi darjatnya
di antara kamu, yang lebih baik dari bersedekah emas dan perak serta
lebih baik dari memerangi musuh kamu semua dan memotong leher mereka,
dan mereka juga memotong leher kamu!” Kemudian sekalian sahabat
bertanya: “Apakah itu wahai Rasul?” Baginda SAW menjawab: “Zikir kepada
kepada Allah.” – Hadis riwayat Al- Baihaqi
Allah sangat menyukai orang yang lidahnya sentiasa basah dengan
zikrullah. Ingatlah bahawa Allah sudah menjanjikan ganjaran pahala yang
banyak kepada orang yang berzikir. Hal itu jelas apabila Allah berfirman
yang bermaksud:
“Golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada
Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.”
– Surah Al-Ahzab ayat 35
Comments