Sembelit


Bila kita tengok gambar di atas begitulah yang dialami oleh mereka yang mempunyai masalah membuang air besar. Saya memang bermasalah sembelit dari bujang sehinggalah mempunyai anak yang ke dua. Tempoh yang sangat kritikal pada saya ialah ketika dalam tempoh berpantang, Ya Allah punya lah seksa mengalahkan nak bersalin semula. Orang yang mengalami masalah sembeli ini akan ambil masa ber jam-jam di dalam tandas.

Apa itu Sembelit?

Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

Gejala Sembelit adalah seperi berikut :

  • Tidak membuang air besar beberapa hari, atau  membuang najis yang keras dan kering.
  • Perut kembung, kejang atau sakit
  • Kurang selera makan
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis di seluar dalam kanak-kanak.
Faktor penyebab sembelit :
  • Kurang serat dalam makanan
  • Kurang aktiviti fizikal (terutama untuk golongan tua)
  • Pengubatan
  • susu
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan
  • Penyalahgunaan julap
  • Sering menahan untuk membuang air besar
  • kekurangan air
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok
  • Masalah fungsi usus ( sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab)

Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan BUASIR yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.
Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menahan usus dari terkeluar atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).
Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.
Tips Untuk mengelakkan sembelit dan cara-cara mengurangkan masalah sembelit:
  • Apa yang saya lakukan ialah mengambil supplement Ostematrix
  • Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
  • Minum banyak air
  • Lakukan senaman secara berkala
  • Jangan menahan untuk membuang air besar
  • Ketahuilah tabiaat membuang air besar adalah berbeza pada setiap individu

Inilah yang saya telan 4 biji sebelum tidur, Alhamdulillah memang berkesan masalah sembelit saya memang tiada dah. Lepas saya telan 4 biji sebelum tidur esoknya bangun selepas breakfast saya dah membuang. Tiada lagi duduk berjam-jam dalam tandas. 

Comments