Lotus Desaru Beach Resort

Minggu lepas pada 28/11 hingga 30/11 suami mengajak kami ke desaru untuk bercuti. Alhamdulillah rezeki kami kerana suami dapat lucky draw di office . Kalau nak ikut harga satu malam untuk 3 bilik di sana berharga RM1400 satu malam, memang tak mampulahnak bayar, tapi sebabkan FREE kami pergi juga bawa anak-anak serta adik beradik sekali ke sana.Di Lotus juga menyediakan 1bilik, 2 bilik juga mengikut rate semasa.


Pintu masuk
Sebenarnya dah masuk dua kali kami ke sini, sebab apa kami suka ke sini memang environment yang sejuk je mata memandang. Bayangkan kami sampai pukul 11.30 pagi tapi kami boleh check-in  awal, kalau di hotel/resort lain memang kena tunggu jam 3.00 ptg baru boleh check-in.
Ruang Tamu
Master Bedroom

Middle room
Third Room
3 bilik tidur 2 bilik air dan yang sangat selesa dan juga menyediakan microwave serta peti ais, so kalau nak jimat bolehlah bawa makanan siap-siap dari rumah just panas-panaskan saja. Kemudahan kedai juga banyak, anda tak perlu risau paling berduyun-duyun orang pergi kedai RM2. Semua barang harga RM2 memang rambang mata so, kalau jajan-jajan tu tak payah bawa pun tak apa kat kedai RM2 ni banyak pilihan.




kalau bab-bab berenang atau berendam ni memang part yang anak-anak akan suka. Kalau jenis tak suka pool boleh lah ke pantai pon seronok juga bermacam aktiviti ada. Part yang paling anak-anak suka juga round-round dengan free shuttle van nak ke buffet lounch ke pantai ke tunggu je diorang sampai tak payah nak tunggu ber jam-jam  shuttle van ni sentiasa ada. Mak ayah yang dah tua senang nak bergerak ke sana ke mari dengan adanya shuttle van ni.


Free Shuttle Van
Orang Singapore memang ramai bercuti di sini memang meriah kalau hujung minggu lagi-lagi musim cuti sekolah ni. Malam-malam dalam ni memang meriah kalau malas nak keluar ada buffet di sediakan dalam RM55++ per person makanan pun sedap-sedap.






Bermacam makanan ada di sediakan, pilih saja sampai tak larat nak makan. Steamboat dia memang A lah, Roti canai pun sedap. Kalau anda ingin pergi memang saya recommended sangat. dari 5 bintang saya bagi 4.5 bintang. 

Comments