Selsema Dan Cara Atasi

Bila badan tak sihat kena selsema memang rasa sangat-sangat tak selesa.. tidur hidung tersumbat, makan semua tak ada rasa pendek kata semuanya serba tak kena. Jadi jom kita mulakan macam mana kita boleh mendapat selsema.



Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, batuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak mudah mendapat selsema berbanding dewasa, misalannya kanak-kanak mendapat 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun.

Sebab apa kita mudah terkena selsema dan demam?

Sebenarnya daya sistem imun tubuh  yang lemah menyebabkan badan kita mudah terkena selsema dan demam. Sistem imun atau sistem ketahanan badan adalah sekumpulan sel, molekul dan organ. Ia membentuk:

  • Bahagian yang boleh dilihat – seperti kulit, air mata, air liur dan lendir daripada mulut, hidung dan paru-paru.
  • Bahagian utama yang tidak boleh dilihat – seperti timus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel darah putih, antibodi, sistem pelengkap (seperti protein yang bekerja dengan antibodi) dan hormon.
Semua bahagian sistem imun ini bertindak sebagai penghalang penceroboh virus, bakteria, kulat, cacing dan parasit lain yang memasuki tubuh melalui kulit, hidung, mulut atau bahagian tubuh lain dan menyebabkan penyakit berjangkit.

Sistem imun kita sangat meluas dan bergerak lancar, bukan dibawah kawalan organ pusat seperti otak, tetapi melalui rangkaian maklumat kompleks yang beroperasi di kalangan setiap ahlinya.

Terdapat 10 kali ganda bilangan sel-sel dalam sistem imun berbanding dengan sistem saraf anda, dan ia mengeluarkan kira-kira 40 agen imun yang berbeza untuk melindungi anda daripada penyakit.


Cara Mengurangkan masalah selsema:
  • Jangan Basuh kepala
  • Jangan terdedah dengan suhu yang sejuk
  • Sebelum tidur pakai stokin
  • Amalkan memakan supplemet vitamin C
 Fakta tentang vitamin C

  • Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.
Malam tadi start nak demam dan hidung pun start nak berair jadi sebelum saya tidur saya telan 2 biji vita C dan 4 biji Ostematrix. Alhamdulillah bangun tidur badan start berpeluh hidung pun kurang rasa tak selesanya.
 

Comments

ayoikema said…
baru lepas mkn vitaman c shaklee
Unknown said…
bagus tu..amalkan...