Cara Merawati Jangkitan Kulat di Kemaluan

Bila anda mengalami gatal-gatal di kemaluan adalah sangat tidak selesa. Kat sini saya nak share cara  untuk mengatasi masalah kulat di bahagian kemaluan anda.

Jangkitan kulat vagina adalah jangkitan di vagina yang melibatkan pembiakan sejenis kulat yang berlebihan yang dikenali sebagai “Candida Albicans”. Jangkitan ini lazimnya berlaku dikalangan wanita yang masih subur dan jarang berlaku sebelum bermulanya haid atau selepas menopos. Jenis kulat ini biasanya di jumpai di mulut, usus, faraj dan akan menjadi masalah sekiranya pembiakanya berlebihan. 15% dari wanita yang sihat mempunyai kulat ini dan tiada tanda-tanda. Wanita yang tiada tanda-tanda tidak perlu dirawat. Walau bagaimanapun, wanita yang mempunyai penyakit HIV dan wanita yang mengandung, insiden penyakit jangkitan kulat vagina mungkin lebih tinggi. 15% dari pesakit yang mempunyai ketahanan badan yang rendah boleh dapat jangkitan kulat sistemik yang lebih teruk.

Faktor yang menyebabkan seseorang wanita itu mendapat jangkitan kulat di vagina adalah :
  • Rawatan antibiotik
  • Mengandung
  • Diabetes Mellitus yang tidak terkawal
  • Kegemukan
  • Pengidap penyakit HIV
  • Menggunakan dos steroid yang tinggi
  • Tekanan Perasaan
  • Mereka yang menggunakan rawatan kanser ( Kemoterapi)
  • Kekurangan zat makanan
Rawatan antibiotik boleh mengubah bakteria protektif (Laktobacilli) dalam vagina dan menggalakan pembiakan Candida yang berlebihan. Pengeluaran hormone yang tinggi (estrogen dan progesterone) semasa mengandung merendahkan tindakbalas imuniti dan seterusnya boleh meningkatkan peluang untuk mendapat jangkitan kulat vagina. Mereka yang didalam kumpulan umur sebelum haid (belum baligh) dan selepas menopos mempunyai paras hormone yang rendah dan vaginal candidiasis jarang berlaku.

Untuk pengetahuan semua jangkitan kulat adalah bukan penyakit kelamin. Tanda-tanda jangkitan kulat vagina adalah gatal, rasa hangat, sakit semasa hubungan seksual, tidak selesa, sakit semasa kencing dan irritasi (perengsaan). Semasa pemeriksaan, doktor mungkin mendapati bengkak dan merah di bahagian kemaluan dan lelehan putih kekuningan di vagina. Jangkitan lain seperti “bacterial vaginosis” atau “ gonorrhea” boleh menyerupai tanda-tanda vaginal candidiasis.

Petua yang berkesan digunakan semasa anda dijangkiti kulat di vagina adalah :
  • Kalau anda tidak mempunyai sebarang krim anti-fungal apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mengambil 3 sudu besar garam lagi bagus garam bukit rendam bersama dengan air suam lepas tu cuci kemaluan anda dalam 3 kali sehari. InsyaAllah kulat itu akan tanggal.
  • ubat-ubat anti fungal saperti nystatin, nizora dan banyak lagi di farmasi
Contoh Krim Anti-Fungal
  • Ubat pessary (saperti peluru) yang dimasukkan kedalam faraj. Berbagai jenama terdapat dalam pasaran.
  •  Makan 'probiotics' (bukan antibiotics) untuk membiakan bakteria2 kawan yg baik dalam bentuk pil supplement. Terdapat beberapa makanan yang jadi sumber probiotics saperti cheese, yogurt, miso, tempe dark chocolate dan buah olive. Lactobacillus membiak dalam usus dan berguna meningkatkan immunity.
  • Makan kebih sikit bawang putih/garlic kerana ia punya daya antifungal dan antibakteria.Kalau rasa susah nak telan bawang putih banyak-banyak jalan mudah telan supplement garlic.

Supplemen Garlic

  • Minum satu sudu minyak kelapa dara (VCO) waktu sarapan dan makan malam. Ia juga mengandungi bahan2 antifungal dan antibakteria.
  •  Minum cranberry juice yg diiktiraf untuk rawatan jangkitan kuman disaluran kencing. Air limau nipis juga baik untuk tujuan ini.
  • Utamakan pengambilan supplemen vitamin E dan Vitamin C. Bila sudah terkena jankitan kulat tingkatkan dos pengambilan vitamin c.
    Vita E & Vita C
  • Gunakan seluar dalam yang longgar dan bersih.Kerap menukar seluar dalam.
Jangkitan kulat pada saluran kemaluan sering menimbulkan berbagai masalah saperti lelehan yang sangat gatal dan berbau khususnya bila buat hubungan jantina, sukar hamil dan mudah gugur. Cuba rawatan-rawatan di atas InsyaAllah akan membantu. 

Comments

Haridah said…
pakai herbal blend pun ok tau.. hihi
Anonymous said…
sgt membantu... terima kasih
Eira said…
kalau ade penyakit ni berjumpa dokter pakar sakit puan ke.?
Unknown said…
klau da ade luka mcm mne ye.? sakit sgt ni.. lpastu merenyam je gatal tu kat pintu faraj..
Anonymous said…
Lari topik sikit, kalau gatal kawasan dalam faraj pulak boleh ke sapu krim tu?
Anonymous said…
kalau krim ada suggestion tak ? untuk mengandung.
Unknown said…
Bahaya ke kalau ade tumpukan puih seperti mengelupas di faraj..dia xgatal sgt tpi fia jadi tumpuk putih mcm mengelupas