Cara Melegakan Batuk

Bila kita diserang batuk memang rasa nak garu-garu tekak ni. Bayangkan bila kita nak berbual dengan seseorang time tu lah tekak gatal, time tu lah juga nak terbatuk-batuk. Tak apa kat sini jom baca cara mengatasi masalah batuk yang berpanjangan.



Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Faktor-faktok batuk:
  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Alahan 
  • asma 
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.
Rawatan dan petua mengatasi masalah batuk :
  • Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
  • Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
  • Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk tetapi ia mengurangkan kegatalan pada tekak anda.
  • Berhenti merokok
  • Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu.
  • Amalkan pengambilan omega 3 yang berfungsi mencegah keradangan di saluran pernafasan yang menyebabkan batuk dan selsema. Melancarkan saluran pernafasan dengan mencairkan kahak. Omega 3 dapat melancarkan peredaran darah serta penghasilan agen anti-radang bagi meningkatkan sistem imun tubuh. Cth multivitamin yang bagus dan membantu ialah omega guard shaklee yang kaya dengan omega 3.
Kadang-kadang petua orang lama juga sangat berkesan dalam mengurangkan masalah batuk seperti memakan sebiji bawang putih bakar setiap pagi. Atau pun telan aja supplement garlic lagi mudah kan. Ada juga yang menggunakan limau nipis di campur bersama madu. Ais juga tidak bagus semasa anda sedang mengalami batuk. Apa-apa kalau batuk yang berterusan dan makan apa pun tak jalan elok lah berjumpa doktor.
  

Comments