Fenomena Jeruk Mangga Asam Boi

Assalammualaikum dan kembali berjumpa lagi, kali ini saya nak sentuh perkara yang kian menjadi FENOMENA kat facebook, instagram dan mana-mana aktiviti social networking. Semuanya memaparkan Mangga asam boi atau pon jeruk mangga asam boi malah ada yang menjadikan sebagai side income kalah goreng pisang panas. Saya sendiri tengok dalam facebook terkecur air liur, apa lagi suruh Habibi pergi cari bahan-bahan.

Mudah saja nak membuatnya tapi kena ada kerajinan dalam diri confirm menjadilah jeruk tu kalau tak pergi sajalah beli kat kawan-kawan yang menjual. Saya jenis memang suka mangga kalau beli nanti tak puas makan baik saya buat sendiri puas hati. Kat sini saya sertakan resepi nya.

Bahan-bahannya:
  • Mangga
  • Asam boi
  • Cilipadi
  • gula
  • garam
Cara-cara membuatnya 
Kupaskan dan belah buah mangga. Cuci dan toskan
hingga air kering. Gaul buah mangga dengan semua bahan di atas 
simpan dalam peti ais 5-6 jam lepas tu boleh lah makan.

Jeruk Mangga Asam Boi
Mudah sajakan cara nak membuat, bahan-bahan pun senang nak cari yang penting kena ada kerajinan hahahhaha...Kalau extra rajin lagi boleh jadikan mata pendapatan anda. Saya tak ada extra rajin tu yang ada rajin saja. Anak-anak saya memang tak makan jadi saya dengan suami sajalah yang makan, yang makan lebih tentulah saya..hehehhe. Ok selamat mencuba.

 

Comments

ida ifaz said…
Wah. sedapnya mangga asam boi.
Unknown said…
boleh cuba resepi ni... mmg sdp