Saya Nak Jadi Orang Senang

Assalammualaikum bertemu kita di pagi yang mulia ni, pagi ke? hahhah dah pukul 11.41 pagi dah nak masuk tengah hari dahh.... Tajuk kali ni kalau orang-orang kampung selalu cakap aku nak jadi orang senang dalam kata lain AKU NAK KAYA. Bila sebut pasal kaya ni jom kita layan satu lagu. Lagu ni bila saya pandang barang yang tak mampu saya beli automatik saya nyanyi... heheh


Selamat terhibur... Layanlah lagu tu memang sungguh menusuk kalbu. Kenapa Perlu Kaya? jawapan saya ialah senang untuk membeli belah hahhaa ye lah saya memang suka shopping tapi kewangan yang terhad banyak yang kena didahulukan. Itu sebab saya perlu menjadi orang senang. Tapi faktor utama adalah untuk memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak. Ingin memberi pendidikan yang terbaik kepada mereka. 

Perkara yang saya akan lakukan jika saya menjadi kaya :

  • Melangsaikan segala hutang piutang apabila saya settle segala hutang hidup pun jadi tenang jadi kalau ditakdirkan saya meninggal dunia tiadalah disebut diakhirat kelak.
  • Membantu mereka yang memerlukan bantuan kewangan, tempat berlindung.
  • Membina sebuah surau atau masjid 
  • Membeli tanah untuk dijadi tanah perkuburan orang Islam
  • Membeli rumah idaman saya ... yang lengkap kolam renang dan juga jakuzi.
  • Membawa seluruh keluarga saya pergi menunaikan ibadah umrah.
  • Menghantar anak-anak sekolah yang berbayar sama ada ilmu duni dan juga ilmu akhirat
  • Membeli tanah untuk dijadikan kebun buah buhan kerana saya memang suka makan buahan
  • Membantu ahli keluarga keluar dari masalah kewangan
  • Membeli kereta idaman 
  • Membeli beg tangan idaman
  • Melancong setiap pelusuk dunia
Pendek kata apa yang terbuku di hati masa kewangan terhad akan saya lakukan semasa saya menjadi orang kaya. Tak salah untuk berimpian kerana impian boleh bertukar menjadi kenyataan jika disertakan usaha yang setimpal dengan apa yang kita mahukan. Apa yang penting selalu berfikiran positif dan meletakkan niat yang baik untuk menjadi ORANG KAYA. InsyaAllah, Allah SWT akan memberi dan membuka jalan yang mudah untuk kita menjadi apa yang kita idamkan.


Comments

zainul said…
ni antara lagu favourite ku! haha

uniknya lagu ni sebab ia galak kita kaya untuk orang lain. kalau lagu bangsa lain (macam if i'm billionaire Bruno http://www.youtube.com/watch?v=8aRor905cCw), dia nak kaya untuk diri sendiri.

jom sama2 kaya untuk bantu lebih banyak orang!