Kesan Shaklee Terhadap Badan Saya



Kesan pengambilan shaklee banyak mempengaruhi kehidupan harian saya sekarang. Mana taknya dulu kulit muka kusam selepas melahirkan anak sekarang kulit semakin sihat dan ramai yang sangka usia saya 20-an walhal dah 3 series. Bukan nak berbangga tapi saya nak mengajak orang ramai agar kelihatan cantik berseri, bukan untuk menggatal tapi dengan tujuan suami, orang sekeliling bertambah sayang dengan kita.

Perubahan Saya
Antara #shakleeEffect yang paling terkesan dalam sejarah saya bersama Shaklee ialah pengalaman sakit pinggang jarang kena dan juga kulit semakin berseri selepas minum secawan ESP setiap hari. ESP adalah produk pertama yang saya guna pada April 2014. ESP memberi kesan yang positif ke atas tubuh badan saya maklumlah ibu yang melahirkan 2 orang anak lelaki banyak mempunyai masalah seperti kerap mengalami masalah sakit pinggang. kerap sakit kepala bila nak datang bulan, kurang bertenaga kerana menyusukan anak. 

Apa yang menarik ESP ini kaya dengan protein dan menjadi santapan pagi saya setiap hari kerana boleh memberi saya tenaga segera untuk menguruskan rumah dan anak-anak. Terutama kesan yang ketara semasa bulan RAMADHAN itu hari memang sangat-sangat membantu. Semasa dalam bulan puasa saya mengambil ESP pada waktu sahur dan makan roti sudah cukup untuk saya. Bukan saja bertenaga malah memberi rasa kenyang yang lama jadi tak ada lah bila petang saya terlepek lesu depan tv. hahahah. 

Supplement Saya Guna


Semoga perkongsian saya ini menjadi sumber ispirasi semua untuk memulakan kehidupan ke arah yang lebih sihat dan pesanan saya jagalah kesihatan badan kita kerana menjaga kesihatan adalah satu tuntutan agama. Mengamalkan cara hidup yang sihat juga antara penyumbang kita untuk mengekalkan kesihatan. 

Comments