Keberkatan dan Redha Allah

Ramai yang ingin menjadi usahawan yang berjaya dunia dan akhirat tapi ramai juga yang mula lupakan tikar sembahyang bila dah jadi orang senang. Kalau nak cerita pasal apakah faktor-faktor atau ciri-ciri usahawan yang berjaya. Saya pasti semua orang pun dah tahu (tapi jarang buat).
Jutawan Shaklee

Ada orang kata, untuk jadi usahawan berjaya, kita kena kerja keras..
Ada yang kata, kita kena berani ambil risiko..
Ada yang kata, kita kena ada ilmu yang mantap..
Ada yang kata, kita perlu ada mentor & network…
Ada yang kata, kita perlu bijak menjual..
Ada yang kata, kita perlu menguasai minda kita..
Sesetengah jurulatih/penceramah keusahawanan pula, akan keluarkan beberapa formula kejayaan berdasarkan ilmu serta pengalaman yang telah mereka lalui…
Pelbagai singkatan akronim formula kejayaan akan dicipta.. antaranya..
DUIT = Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal
MESTI = Mentor, Eilmu, Sistem, Tindakan, Impian
DREAM = Dedication, Responsibility, Education, Attitude, Motivation
KISS = Keep It Simple Stupid
SUMO = Shut Up Move On
dan macam-macam lagi…
Semuanya sangat bagus dan insyallah, jika ianya diamalkan, pasti akan mampu membawa diri serta perniagaan kita ke tahap yang lebih baik.
Namun begitu, dari banyak-banyak tips tersebut, saya amat tertarik dengan tips yang Allah berikan di dalam Al-Quran, tentang… bagaimana kita boleh menjadi usahawan/orang yang berjaya, bukan sahaja di dunia, malahan diakhirat juga..
Ianya ada pada Surah An-nur, ayat 37-38, yang bermaksud :
“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”
Di dalam ayat diatas, Allah memberitahu kita…
Orang yang berniaga, tetapi tidak dilalaikan oleh perniagaan mereka. Malahan, sentiasa  mengingati Allah ( cth berzikir) dan tetap mendirikan solat, serta mengeluarkan zakat serta  takutkan hari kiamat (lalu tidak menipu & tidak berbuat perkara-perkara haram)  . Maka, Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik balasan (dunia & akhirat).
Malahan, Allah akan tambahi lagi rezeki mereka hingga tidak terhitung.
Ringkas sahaja formulanya…
1. Beriman & sentiasa ingat Allah (berzikir)jangan lalai (ramai usahawan lalai bila dah untung lebih sikit).
2. Solat.. banyak rahsia-rahsia tersembunyi dalam solat (antaranya berkaitan dengan disiplin, fokus, istiqamah, networking (jemaah), dan banyak lagi)
3. Zakat.. membersihkan harta & jiwa. (Memberi, tanda syukur kepada Allah.)
4. Akhirat.. itulah “ultimate goal” kita, bukan sekadar mahu untung atau mahu jadi kaya di dunia.. ianya lebih jauh dari itu, iaitu sehingga ke alam akhirat. Amatlah rugi bagi usahawan yang berniaga hanya semata-mata mahu jadi kaya sahaja..
Jika mahu dipendekkan tips ini menjadi akronim.. mungkin boleh disebut ZAASZ =  Zikir ingat Allah, Akhirat , Solat, Zakat..
Itulah tips yang Allah berikan kepada kita untuk menjadi seorang usahawan berjaya. Saya percaya, jika kita amalkan tips ini bersungguh-sungguh… PASTI.. Allah akan memberikan kejayaan serta limpah kurniaNya kepada kita.. Jadi marilah kita amalkan dan positifkan diri agar menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat.

Comments