Jual Beli Secara "Virtual"



Online Business

Perniagaan melalui internet atau business ONLINE semakin menjadi perhatian ramai kerana ia memudahkan pelanggan untuk terus membeli tanpa perlu pergi ke kedai atau ke pasar raya, semuanya terletak dihujung jari anda. Jika ingin memulakan sesuatu perniagaan secara online hendaklah anda mengikut beberapa tips yang saya akan share di sini :

Apa itu 4 P ?.. 4 P ialah 4 Perinsip untuk asas perniagaan  internet.Melalui 4 perinsip mudah ini anda akan mengetahui langkah demi langkah bagaimana untuk memulakan perniagaan secara online di internet.semoga artikel ini memberikan anda garis panduan,manfaat dan asas yang sebenar dalam perniagaan anda nanti.

1. Produk

  •  Setiap perniagaan di internet harus mempunyai produk untuk dijual tidak kiralah samada produk yang diniagakan itu milik sendiri atau menjual produk orang lain.Dari segi produk itu pula ada banyak jenis contohnya produk fizikal mahupun produk kesihatan.

2. Platform

  • Untuk melakukan jualan secara online perkara terpenting ialah memilih platform yang betul dalam melalukan pemasaran di internet dengan tujuan memperkenalkan lagi perniagaan internet yang dilakukan secara meluas.Anda perlu memiliki website sebagai tapak kepada produk dan perniagaan anda di internet.Ini adalah memudahkan bakal pelanggan anda bertandang,melakukan pembelian,melakukan pertanyaan tentang produk anda,dan banyak lagi.
  • Platform kedua ialah dengan menggunakan media sosial seperti facebook,twitter,instagram dan banyak lagi.Gunakan kelebihan media sosial ini utk menarik minat pelanggan dan bakal pelanggan anda.Sebarkan produk dengan cara yang betul untuk menarik lebih ramai lagi pelanggan dimasa akan datang.  

3. Pembayaran

  • Setiap perniagaan di internet memerlukan satu platform untuk menerima dan melakukan transaksi pembelian dan pembayaran melalui pelanggan.Permudahkan pelanggan anda dengan beberapa kaedah pembayaran produk.Pastikan anda memberikan cara untuk melakukan pembayaran produk anda tidak kisahlah sama ada melalui website ataupun media sosial.
  • Dengan kedai online anda boleh menyediakan skrip borang untuk pelanggan anda membuat pembayaran dan memberikan bukti transaksi untuk anda dengan hanya beberapa klik sahaja.Jika anda menggunakan platform seperti media sosial pastikan akan memberikan panduan dalam bentuk arahan mudah contohnya seperti dibawah..
    • Untuk melakukan pembelian produk XXX sila SMS dan taipkan mesej"XXXX XXXX" dan hantar ke 016 XXX XXXX.
    • Untuk melakukan pembelian produk Sila Pm Kami di http:/XXXXXXX/XXXXX utuk langkah-langkah seterusnya.
4. Pemasaran.
  • Untuk Pemasaran melalui internet pula anda perlu menyediakan bahan pemasaran yang lengkap kepada pelangan atau bakal pelangan anda seperti gambar,video,testimoni dari pelanggan yang telah menggunakan produk,penerangan produk dan banyak lagi.Sentiasa share manfaat produk anda dan niatkan juga dalam diri anda bahawa anda mahu meyelesaikan masalah orang lain dan bukan memikirkan keuntungan semata mata saja.Insya Allah!,semoga perniagaan internet yang anda lakukan secara online bakal memperolehi kejayaan yang besar..
Ikutilah tips di atas InsyaAllah membantu kita dalam perniagaan dan juga kita hendaklah sentiasa meminta daripada ALLAH SWT agar perniagaan kita ini memberi manfaat kepada kita dan juga kepada orang ramai. Jangan abaikan solat Dhuha kerana solat ini membuka pintu rezeki kepada orang yang mengamalkannya. Juga mulut kenalah sentiasa memuji-muji Allah SWT iaitu zikir, kita akan menjemput rezeki itu datang dengan mudah

Comments