Birthday Rayyan & Ammar

Masuknya bulan SEPTEMBER adalah bulan yang sangat mengembirakan hati saya.. mana tak nya bulan september pertama kali Shaklee buat promosi dua barang dalam bulan yang sama dan yang paling kami sekeluarga nanti-nantikan ialah menyambut hari kelahiran hero-hero kami.
Siapa sangka birthday mereka selang sehari sahaja, memang rezeki kami suami isteri.. Birthday Rayyan 23/9 manakala Ammar 24/9 senang mummy daddy nak buat serentak.

Seperti biasa kami tak delah wat birthday party yang havoc... hanya sekadar menyambut kami anak beranak saja.. Bukan apa dapatlah meeriangkan hati anak-anak, bukan selalu kan setahun sekali sahaja. Saya mulakan dengan membuat Blueberry cheese tart untuk Rayyan bawa ke sekola makan bersama kawan-kawannya di sekolah.





Sebenarnya tak adalah terer mane tapi follow blog kak azlita dia akan ajar step by step cara nak buat cheese tart ni sampai cara nak deco cheese tart ni juga dia ajar. Semoga murah rezeki beliau. Lagi bekalan yang di bawa Rayyan ke sekolah ialah sebiji kek angry bird. Ini beli kat kedai saja.

Angry Bird
Tengok kek ni rasa nak gelak nama pun angry bird muka pun nampak betul marahnya...hahhahha... Rayyan suka mummy ON saja. Bila masuk 24/9 pula sambut birthday Ammar, memandangkan Ammar tak sekolah lagi we decide jadikan birthday Ammar untuk sambutan keluarga. Alhamdulillah semuanya happy walaupun seminggu sebelum birthday mereka, mereka mengalami ulser mulut...

Mulut Rayyan

Mulut Ammar
Kesiannya tengok mereka masa tu  hanya Allah saja yang tahu perasaan bila tengok anak-anak mereka tidak sihat. Bayangkan mereka nak makan pun tak nak. Mereka lapar tapi tak boleh makan, sambil pegang makanan mereka menangis. Apa yang saya buat bagi diaorg minum Performance drink shaklee dan bagi chewable vita c shaklee. Malam sambutan birthday Ammar terus sihat dia tengok kek aiskrim vanilla.





Inilah foto tak seberapa sambutan harijadi anak-anak. Janji mereka gembira dan kembali sihat itu dah cukup menambah keceriaan kami sekeluarga. Bila anak-anak tak sihat hati pun tak senang. Doa saya semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh, dan dipermudahkan perjalanan mereka di dunia dan di akhirat. Apa yang diharapkan oleh ibu bapa hanyalah kebahagiaan untuk anak-anak mereka. Sayangi keluarga kita dan jagalah kesihatan keluarga.

Comments