Apam Polkadot Dot Dot

Jumaat lepas Rayyan pulang dari sekolah dia bagi tau kawan kelas dia bawa apam polkadot dia dapat makan 2 ketul saja. Katanya tak cukup... Kesian pula lah dengar kan... Nak tak nak saya pun google saja resepi sebab memang tak pernah buat. Ini resepinya

Apam Polkadot Dot Dot


3 biji telur sejuk dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau santan
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu teh paste vanila 
filling
blueberry / strawberry / kelapa / coklat / kaya - terpulang pada citarasa
Pewarna yg di sukai
Paper cup secukupnya
acuan lompang secukupnya

Masukkan semua bahan2an kecuali pewarna dan filling ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna

Masukkan setiap warna ke dalam piping bag atau plastik bersih
Susun acuan lompang dalam loyang.
Letakkan papercup didalamnya
Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas

Letakkan filling secukupnya. Filling ni kita masukkan juga dalam piping bag supaya mudah kita nak Letakkan atas adunan tadi. 
Picit lagi adunan yang sama atau berlainan warna sehingga 3/4 penuh . 
Kemudian ambil sedikit adunan letakkan pewarna pilihan, kacau rata.
Masukkan juga dalam piping bag dan dot-dotkan dengan warna pilihan 

Panaskan kukusan. Balut tutup kukusan dengan kitchen towel supaya air kukusan tidak menitis atas apam.
Pastikan api sederhana panas.
Kukus apam tadi selama 10 - 15 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
hidangkan ketika panas.



Hasilnya Dari Saya
Alhamdulillah tak sangka jadi juga apam polkadot saya. Lepas ni tak payah dah beli-beli sebab mahal dan anak-anak makan pun tak puas. Buat sendiri lagi bagus boleh makan berulang-rulang... Paling diorg suka letak filling blueberry... tak payah susah-susah buat saya beli filling itu dekat suoermarket hero. Selamat mencuba ye kawan-kawan.

Comments