Tua Sebelum Usia

Cerita pasal tua ramai orang sekarang yang nampak tua sebelum usia contohnya Cici berusia 22tahun tapi dia kelihatan seperti orang yang berusia 30 an.Banyak faktor penyumbang masalah ini jadi mari kita baca dan amalkan.

Wanita sekarang memang taksub dengan kecantikan kulit wajah malah ada yang sanggup habis beribu-ribu untuk kelihatan muda dan cantik. Bila meningkat usia, tekstur dan keanjalan kulit semakin menurun. Kulit juga semakin kasar dan penghasilan kolagen semakin berkurang. Pencemaran sekeliling, stress dan gaya hidup yang kurang sihat antara faktor penyebab muka kelihatan tua.
Saya dan Anak Sulung


Usia saya sekarang 32 tahun tapi ramai yang sangka saya berusia 20-an. Apa yang saya amalkan adalah :
  • Rawatan pagi dan malam
    • Bangun pagi saya akan mencuci bersih muka dengan air suam. Pastikan anda memilih pencuci yang sesuai dengan kulit anda. Urutan yang halus itu membantu melancarkan  peredaran darah di wajah. Selepas itu lap muka dengan kain yang bersih. Kemudia sapukan toner sebelum menyapu pelembab muka. Kemudian sapu pelembap atau krim pelindung cahaya matahari. Bila malam lakukan benda yang sama dan memakai krim malam dan juga krim mata. 
  • Menggunakan Produk anti penuaan
    • Sebaiknya, pilih produk rawatan anti penuaan yang sesuai untuk usia anda. Ini kerana, bahan yang terdapat di dalamnya dapat membantu melambatkan proses penuaan. Dalam masa yang sama, jangan abaikan pola makan yang sihat selain mempraktikkan gaya hidup yang sihat.
  • Rutin Senaman
    • Bagi mendapatkan tubuh yang segar dan bertenaga selain menjaga bentuk badan, lakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 30-60 minit. Selain itu, ia juga baik untuk jantung. Saya mengamalkan 30 minit zumba dance sehari untuk mengeluarkan peluh. 
    • Lakukan senaman wajah dengan mengunyah makanan lebih lama dan perlahan-lahan. Gerakan otot ini bagus untuk menjaga metabolisme tubuh dan juga baik untuk penghadaman. Ini kerana mengunyah lebih lama akan membantu usus mencerna makanan lebih cepat dan tubuh akan terasa lebih kenyang berbanding jika anda makan secara terburu-buru.
  • Rehat yang berkualiti
    • Jaga kualiti tidur anda untuk membolehkan tubuh berehat selain memproses dan memperbaiki sel di dalam badan. Justeru, tidur sekurang-kurangnya 6-7 jam sehari. Jangan biarkan otak tidur di dalam keadaan stres. Pastikan anda tidur tanpa gangguan dari bunyi telefon, buku dan televisyen. 
  • Amalan air putih atau air masak
    • Minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari kerana air adalah pembekal hidrogen, oksigen dan mineral mampu membantu melancarkan peredaran darah, membuang kotoran dan toksin di dalam tubuh sekali gus dapat membantu menjaga kelembapan kulit. Selain itu, kekurangan air menyebabkan kulit mudah kering dan ini menyebabkan kulit anda tampak lebih kusam dan mempercepatkan proses penuaan jika dibandingkan dengan kulit yang terpelihara kelembapannya.
  • Pengambilan vitamin
    • Saya juga mengambil beberapa jenis vitamin sebagai makanan tambahan saya seharian. Kandungan vitamin yang terdapat di dalam sayur-sayuran misalnya dapat membantu melindungi dan memperbaiki sel-sel tubuh untuk awet muda. Justeru, pastikan anda memasukkan sekali buah dan sayur sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
    • Contohnya, pilih buah yang kaya dengan serat dan vitamin A, C dan E untuk mendapatkan kulit yang sihat dan awet muda. Manakala Vitamin C yang terdapat di dalam jambu batu, strawberi mahupun brokoli dikatakan dapat membantu untuk antioksida.
  • Masker Wajah 
    • Selain menggunakan produk kecantikan saya menggunakan bahan semulajadi bagi pemuliharaan kulit muka saya. Penggunaan telur putih yang dicampurkan dengan limau nipis dan diadun sebati. Penggunaan putih telur dapat membantu mengencangkan kulit selain membantu mengecilkan liang-liang roma. Kandungan protein di dalam telur juga boleh membantu melembapkan kulit serta mempercepatkan proses regenerasi. Manakala limau nipis pula kaya dengan vitamin C yang berfungsi sebagai antioksida untuk membantu melawan penuaan. Sebaiknya, lakukan masker ini sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk hasil yang lebih maksima.
Ikutilah cara saya ini mana tahu ia boleh membantu kita dalam mengekalkan awet muda agar kita kelihatan cantik di mata suami. Saya juga mengamalkan selawat ke atas nabi sebelum tidur dan selepas bangun tidur 3 kali dan raup ke wajah.


Comments