Set Penyusuan Terbaik

“Tiada susu, susu tidak keluar atau susu sedikit”. Ini antara ru­ngutan yang biasa dide­ngar terutama bagi ibu yang baru kali pertama melahirkan anak.

Berhadapan situasi ini membuatkan ada antara mereka terfikir untuk memberikan susu formula kepada bayi ter­utama selepas beberapa jam melahirkan anak lantaran tidak sanggup mendengar tangi­san bayi yang disangka tidak cukup susu.


Ada pula ibu-ibu yang teringin menyusukan bayi mereka tapi bekalan susu tidak memcukupi untuk mereka pam. Sungguh sayu hati bila susu badan berkurangan. Mari saya bawa anda ke dunia set penyusuan yang kian HOT di pasaran. 

Set Penyusuan Shaklee

ESP@Energizing Soy Protein
  • ESP membantu menambahkan kuantiti susu badan
  • Perut rasa kenyang lebih lama dan badan lebih bertenaga serta kurang letih
  • Perut rasa kenyang walaupun makan hanya sedikit ini bermakna ESP banyak membantu dalam menguruskan badan ibu
  • Membantu meningkatkan kualiti susu yang dihasilkan. Contohnya susu makin pekat dan berkrim.
  • Membantu meningkatkan daya tahan melawan penyakit , mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.

Alfalfa
  • Alfalfa kaya dengan protein  - 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri dari protein,dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) --> membantu dalam penyusuan ibu.
  • Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah yang tidak boleh dicapai oleh tumbuhan lain. Alfalfa adalah milk booster yang telah digunakan sekian lama di benua Amerika. 
  • Alfalfa dikatakan dapat merendahkan kadar kolesterol dalam badan. Ia juga merupakan sumber vitamin K terbaik. Vitamin K membantu proses pembekuan darah di mana ia menggerakkan kalsium kepada protein yang membentuk jaringan mikroskopik untuk mengangkut sel darah merah.

     

Sukanya hati bila bekalan susu kita mencukupi untuk anak yang tersayang. Dengan set penyusuan shaklee InsyaAllah akan membantu pengeluaran susu yang berterusan dan mencukupi untuk anak kita. Mengapa ramai ibu sekarang baru tersedar kebaikan SUSU IBU?

Kebaikan Susu Ibu
Semua sudut bagus untuk anak kita. Bagi ibu yang bekerja teknik pam susu ini amatlah diperlukan. Berbagai jenis alatan pam susu berada di pasaran. 

Alatan Pam Susu

Menyediakan susu perahan
Mulakan mengepam sebulan sebelum bekerja (iaitu dalam tempoh berpantang) bagi membiasakan de­ngan teknik mengepam serta membuat stok susu. Biasakan mempunyai lebih daripada stok susu lima hari bekerja di dalam peti ais beku.

Contohnya, katakan ibu bekerja 10 jam dan bayi mungkin menyusu dua jam sekali dengan kadar dua atau tiga auns sekali minum. Ini bermakna ibu perlu menyediakan 10 hingga 15 auns sehari. Ambil purata 12 auns untuk ditinggalkan sehari, maka ibu perlu menyediakan sebanyak 60 auns susu perahan beku di dalam peti ais.

Ini sekadar contoh bagi memudahkan ibu mengang­gar jumlah susu yang perlu diperah dan dikumpul sepanjang tempoh berpantang. Ia mungkin sedikit berbeza antara ibu dan bayi kerana bergantung kepada keperluan bayi itu.

Sebaiknya anda membawa susu perahan ke rumah pengasuh mengikut kadar yang diminum. Misalnya untuk sehari, anda boleh menyediakan sukatan dua atau tiga auns di dalam empat botol bersama campuran susu yang sudah disejukkan. 


Amalan positif
  • Persediaan mental sebelum kelahiran adalah penting. Dapatkan maklumat berguna mengenai penyusuan susu ibu ketika hamil;
  • Yakinkan diri bahawa susu anda mencukupi untuk bayi;
  • Susu bayi dalam keadaan tenang dan banyak berehat pada minggu awal selepas kelahiran bayi;
  • Pastikan penyusuan dilakukan dengan posisi yang baik dan selesa supaya tidak terasa lenguh dan mengelakkan masalah seperti sakit puting;
  • Makan makanan seimbang dan minum air mencukupi;
  • Ingatlah bahawa bekalan susu ibu bergantung kepada rangsangan. Lagi kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dihasilkan. 

Amalan negatif

  • Jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu anda tidak mencukupi untuk bayi. Ingatlah, jika anda berupaya melahirkan seorang bayi ke dunia, sudah anda pasti mampu memberi dan membekalkannya susu yang terbaik;
  • Jangan berikan bayi anda susu botol tambahan atau air masak; 
  • Bayi tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kecuali susu ibu sehingga berusia empat hingga enam bulan;
  • Cara menghisap puting botol dan puting buah dada adalah berbeza. Ini boleh mengelirukan bayi dan akan menggagalkan penyusuan susu ibu; 
  • Jangan menyusu dalam keadaan terburu-buru. Masa enam minggu pertama adalah masa latihan untuk ibu dan bayi. Masa ketenangan dan kesabaran akan menyelesaikan banyak masalah;
  • Jangan bimbang apabila bayi membuang air besar. Adalah perkara biasa bayi yang diberi susu ibu kerap membuang air besar. Najis ini biasanya cair sedikit dan berwarna kekuningan.
  •  
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=632e701d45bdd7eab08afe74d6bd1534

Comments