Syoknya Hari Raya

Selepas menjalani ibadah puasa selama sebulan maka tibalah hari yang dinanti oleh umat Islam iaitu hari kemenangan Umat Islam seluruh dunia.. Sungguhpun seluruh dunia sedang bersedih dengan kesedihan yang dihadapi oleh saudara kita di Palastine dan kesedihan yang dihadapi oleh negara kita akan tragedi MH17 tapi kemeriahan suasana hari raya tetap di raikan dengan penuh kesyukuran.

Saya mula dengan puasa... Yeayyyyy puasa saya cukup tahun ni... hahhaha rezeki tahun ni dapat berpuasa penuh... bukan bermakna saya mengandung tetapi memang rezeki...sebelum sembang pasal raya persediaan pertama sebelum raya adalah menyediakan baju-baju anak... Saya memang lagi dulu sampai lah sekarang jenis suka beli baju awal-awal. Bukan sebab excited nak beraya tapi sebab fikirkan kewangan.. ye lah suami kerja sorang... Baik sediakan dulu mana yang penting... Keutamaan adalah anak-anak.... Bila baju dah siap beli kita leh fokus sepenuhnya dalam menjalani ibadah puasa dengan tenteram....

Dah sedia baju raya persediaan kuih raya pula... Saya jenis suka membuat sendiri biskut-biskut raya... Ala bukan susah pun... lagipun boleh menjimatkan kos  lagi satu boleh dapat lagi banyak kalau kita buat sendiri... anak-anak pun puas dapat makan kuih raya... Yang penting kerajinan tu mesti ada...hahahha kalau angin malas sampai alamatnya berkulat lah buttercup dalam peti ais tu. Start buat kuih tart lekap... Lama tak rasa tat lekap... Selalu asyik buat tat gulung saja.

ni lah hasil tat lekap yang saya tak pernah buat... keputusannya sebelum raya dah habis di bedal anak saya yang kecil tu.... Ok next kuih yang saya buat Dahlia susu atau pun samperit susu.. sangat-sangat senang nak buat cuma leceh nak menekan bentuk dahlia tu... hahahha

Ada lagi beberapa jenis yang saya buat... Resepi baru yang paling best dan menjadi dan sangat sedap masuk tekak saya ialah sarang semut Oreo... memang terbaiklah resepi yang dikongsi di facebook. Kalau tak percaya try lah buat nanti dilembaran baru saya akan kongsikan resepi tersebut.


Ni baru cerita pasal kuih raya sahaja ...Punyalah berjela sebab tu tajuk di atas SYOKNYA raya... hahhaha memang syok kalau tak syok tak buat kuih raya. Bila dah settle kuih raya masanya nak siap-siap balik kampung... Lagi syok raya tahun ni raya di KAMPUNG TEDONG iaitu kampung halamanKu....wakwakwakwak... Ye lah kenalah adil selang seli beraya.... barulah aman rumahtangga... tak dalah istilah berat sebelah... hihihi... Beginilah nasib kalau kahwin jauh-jauh Kutub Utara Kutub selatan. Hehehhe jodoh orang Kedahh nooo....

Dah sampai kampung jumpa adik beradik lagilah tambah syok.... buat ketupat, masak rendang, berborak sampai ke pagi... memang terasa syoknya raya.... Tapi dalam kami bergembira dari sudut hati kami terkenang emak abah yang telah lama pergi meninggalkan kami... Al-Fatiha tuk mereka dan tak lupa buat abang-abangku yang tercinta Abang Hamdan, Abang Barzah dan Abgku Muhammad.... Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
Di sini di kongsi kemeriahan kami menyambut Aidilfitri 2014 ni... Semoga kita umat Islam di muka bumi ini diberi keamanan dan kesejateraan oleh Allah.


Inilah family kecilku... Tak berapa nak kemas gambar maklum lah anak baik-baik...hehhehe...Keletah anak-anak pagi raya pun dah cukup menghidupkan suasana... Dengan yang sulung dikejut tak nak bangun... Yang kecil pula bila dah siap berbaju melayu sambung tidur balik.... hahahha

Si kecil Ammar sedang berposing... Ini gambar dah kenyang dia tidur baru dapat snap... Kalau x cukup tidur alamatnya meragamlah dia... Si abang dah besar-besar ni cukup susah nak ajak bergambar memang susahlah.... ni saya share gambar yang di snap kat sawah padi di kampung berdekatan... memang terasa beraya di kampung ...hahhaha




Syok tak raya anda tahun ni? InsyaAllah kita akan bertemu di lembaran yang berikutnya.. Saya doakan semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan kita seharian. Jangan lupa menjaga kesihatan adalah salah satu tuntutan agama.. Marilah sama-sama menjaga kesihatan ingatlah orang yang kita SAYANG. Dan tak lupa dah makan rendang ketupat bagai saya telan Lecithin dengan Alfalfa... baru lah maintain berat badan.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c1502ae5a4d514baec129f72948c266e

Wasap/Pm: Nieya 0123626804
Sid : 1128737

Comments