Perlukah Vitamin Untuk Ibu Mengandung?


Perlukah seorang ibu hamil mengambil vitamin ataupun supplement sepanjang tempoh kehamilan? Masihkah ibu-ibu mencari-cari supplement yang sesuai untuk mereka?

Apabila disahkan hamil, seorang ibu akan merujuk dan mencari sumber teerbaik untuk bayi yang bakal dilahirkan kelak. Salah satu soalan yang lazim ditanya oleh ibu hamil adalah berkaitan keperluan pengambilan vitamin.
Contoh Pil-pil Vitamin
Diet yang seimbang adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrien yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Ibu hamil dinasihatkan mengambil pelbagai sumber makanan bagi memperolehi vitamin dan mineral untuk keperluan bayi. Ia juga bagi memastikan ibu yang hamil mendapat tenaga yang diperlukan semasa hamil.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah ibu tidak dapat mengambil makanan yang mengandungi nutrien atas sebab mual,loya,atau muntah yang teruk semasa hamil.Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan. Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.

Set Kehamilan Lengkap Dari Shaklee.



Set kehamilan shaklee telah ternyata berkesan ke atas ibu dan bayi kerana ia adalah supplement lengkap untuk ibu dan anak dalam kandungan.  Dengan nutrisi yang lengkap juga ibu-ibu yang baru melahirkan sembuh dengan cepat. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan ibu hamil berasa letih, lesu dan tidak bertenaga.

1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
  • Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
  • Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
2) Sustained Release Vita-C
  • Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.
  • Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap badan 

3) B-Complex

  • Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.

4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
  • Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
  • Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
  • Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
  • ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.
5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)
  • Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium.
  • Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
  • Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
  • Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
  • Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.
6) OmegaGuard (EPA & DHA)
  • DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak.
  • DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
  • Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.
  • Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

Pengambilan nutrisi yang lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan adalah kunci utama kepada :
  1. Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
  2. Perkembangan bayi yang sihat
  3. Pencegahan baby dari mendapat jaundice.

Tips pengambilan vitamin dan suplemen
  • Sebelum membeli sebarang vitamin atau suplemen, baca label dengan teliti bagi memastikan dos dan kandungan yang tepat dan selamat dipilih agar sesuai dengan keperluan ibu.
  • Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang penggunaan ubat serta gaya hidup bagi menentukan vitamin dan suplemen kesihatan yang terbaik dan selamat diambil.
  • Pastikan ibu hamil tidak mengambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selain yang dicadangkan oleh doktor ataupun ahli farmasi.
  • Bagi mengelakkan loya, cuba ambil suplemen kesihatan pada waktu malam sebelum tidur. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selepas makan bagi mengurangkan iritasi dengan perut kosong.
  • Bincanglah dengan doktor atau ahli farmasi mengenai multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asif folik, zat besi, vitamin D dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin B seperti B6 dan B12, potassium, zink dan vitamin E.
  • Multivitamin bagi kehamilan tidak mengandungi retinol, iaitu vitamin A daripada sumber haiwan, kerana jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Ibu hamil juga perlu mengelakkan makanan yang mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi seperti hati dan juga produk berasaskan hati seperti minyak hati ikan (fish liver oil). Bagaimanapun, vitamin A boleh diambil dalam bentuk provitamin A, iaitu betakarotin yang diperolehi daripada sumber tumbuhan dan selamat untuk bayi.
Antara pelanggan saya yang mengambil set hamil Alhamdulillah sukanya dapat bantu orang.
 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=46ab19c42d821b6c948faaaf948ad3ea





Comments