Perlukah Saya Berlapar?

Ramai yang mahu berdiet atau menurunkan berat badan sampai sanggup menahan lapar. Ada pula yang sanggup makan kemudian memuntahkannya semula. Macam-macam jenis cara untuk tampil kurus. Tapi sedarkah kita akan keburukan yang kita akan hidap jika mengambil langkah-langkah seperti yang saya sebut tadi.

Kesan dari menahan lapar memang kita akan nampak kurus tapi hasilnya muka nampak kurang bermaya dan kulit muka akan kusam ada pula yang nampak tua sebelum usia. 

Kesan Kurus Yang Tidak Sihat

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

Keperluan Yang Betul
Permakanan yang seimbang akan membantu kita menurunkan berat badan dengan mudah dan bukan saja secara sihat malah penampilan kita juga akan kelihatan menarik contohnya kulit kita menjadi gebu sekiranya pengambilan sayuran yang seimbang.

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

Sambil menjaga permakanan kita juga harus mengutamakan aktiviti riadah. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
  • Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
  • Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
  • Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
  • Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
  • Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
Amalan harian saya agar menstabilkan berat badan saya dengan mengambil 2 biji lecithin selepas sarapan, 2 biji lecithin selepas makan tengahari dan 2 biji lecithin selepas makan malam. Lecithin berfungsi sebagai agen pembakar lemak secara semulajadi. Dan saya juga mengambil 5 biji alfalfa waktu tengahari dan 5 biji sebelum tidur. Alfalfa ni banyak khasiatnya tapi kalau untuk kurus dia berfungsi untuk meNYAHkan toksin/ lemak dari badan sama ada melalui najis, berpeluh dan membuang air.

Selain pengambilan supplement saya mengamalkan aktiviti menari bersama anak-anak, aktiviti ini dilakukan tiap-tiap hari sekurang-kurangnya 30minit . Tak susah hanya on youtube dan search ZUMBA DANCE, dan pilihlah mana yang anda berkenan dan mereka akan mengajar anda step by step.

Comments