Pengalaman Bersalin 2 Orang Anak Lelaki



Mengandung

Sebelum tidur ni terkenang zaman disahkan mengandung anak sulung... punyalah bersyukur yg amat.. Ingatkan tak berpeluang merasa menjadi ibu... tapi syukur alhamdulillah diberi kesempatan untuk saya menjadi seorang ibu...disahkan mengandung sebulan selepas operate actopic.Memang terkejut. Hanya Allah saja yang tau apa yang terlintas dihati masa tu... Suami? Gembira tak terkata... ni gambar yang ada dalam simpanan ketika kandungan berusia 7 bulan
Mengandung Anak Sulung
Mengandung kali ke dua disahkan selepas usia anak sulung nak masuk 3 tahun.Alhamdulillah.3 kali mengandung yang pertama disahkan mengandung tetapi kandungan luar rahim atau actopic.
Mengandung anak Ke dua


Kelakar nya tengok gambar ni. Mengandung sulung perut tak berapa besar..Mengandung ke dua pula perut membuyut besar. Masa awal-awal ngandung biasalah kena mabuk-mabuk...ehh bukan mabuk todi tau tapi alahan ketika mengandung... bau-bau makanan tak boleh, orang masak pon tak  boleh, nak masak sendiri lagilah tak boleh. Best juga time tu 5 bln cuti masak...ngeh ngeh ngeh... Dua-dua saya ada buat 4D scan. Scan ini di buat ketika usia kandungan 7 bulan. Dua-dua clear nampak baby boy.
Scan Daniel Rayyan





Scan Adam Ammar
Proses Kelahiran


Anak Sulung  
Seminggu sebelum kelahiran  kena demam panas. Kena lah tahan wad 5 hari, punyalah lama tu... Masa dalam wad ada yang lagi kesian baby songsang, mak kena darah tinggi, ada yang kena diabetes so diorang kena bermaustautin dalam wad sampai diorg selamat melahirkan...
Semasa hari nak bersalin bangun dari pagi dalam pukul 6.30pg tersedar ada keluar darah sedikit. Saya bagi tau suami dan terus bergegas ke hospital.Hari bekerja  jem pula  faham-faham sajalah. Tunggu punya tunggu sampai lah giliran saya pukul 12 tengah hari. Lamakan...Doktor cek bukaan telah 3cm so kenalah tahan wad. Duduklah dalam wad biasa. Oh lupa masa melahirkan Rayyan dalam bulan Ramadhan. Teringat pesan arwah emak semasa nak bersalin amalkan bacaan :




Masa pukul 3ptg bukaan baru buka 4cm so doctor dah suro masuk bilik bersalin. Ya Allah punyalah berdebar-debar masa tu. Sentiasa memohon pada Allah agar selamatkan saya dan baby. Masa dalam bilik bersalin saya membuat keputusan untuk mengambil epidural iaitu ubat tahan sakit...
Genap 38 minggu bersalin lah saya... 23/9/2008 tarikh keramat di mana lahirnya putera sulung saya di PPUM jam 2316 dengan berat 3.05kg. Alhamdulillah... kami memberi nama Muhammad Daniel Rayyan...
Muhammad Daniel Rayyan

Ini lah muka baby saya yang sulung... Alhamdulillah tanpa rasa terbeban dengan keletihan... sakit pening...saya takkan merungut kerana inilah anugerah yang paling terindah dalam hidup saya...kurniaan Illahi....

Anak Ke dua


Pengalaman anak ke dua ni pula berbeza sebab dilahirkan pula dalam bulan syawal. Alhamdulillah sorang bulan Ramadhan sorang lagi bulan Syawal. Kawasan rumah saya kalau hari raya sabtu dengan ahad memanglah jammed tersangatlah teruk. Selepas solat hari-hari memang berdoa agar Allah bagi laluan yang baik masa saya bersalin.


Tepat pukul 1a.m 24 september 2011 tetiba rasa baby menendang terlalu kuat and then terus keluar air.. Kami pun suami isteri kelam kabut lah bersiap nak ke hospital. Alhamdulillah dalam hati nasiblah hari sabtu tapi pagi-pagi rabun, syukur sangat tak mengadap jammed dalam saat-saat cemas ni. Sampai saja hospital terus jumpa nurse  dan bagi tau apa yang berlaku... Lepas tu kami gelak lah laki bini sebabnya itu bukan air ketuban tapi Mummy terkencing dahhhh sebab baby tendang kuat sangat... Malunya aiiiii tapi alhamdulillah Doctor cakap dah buka 3cm so kenalah tahan wad. Cek punya cek dah pukul 3 pg.Masuklah labour room kali ni duduk sorang-sorang tak berkongsi dengan sesiapa. 

Tapi jerit pekik orang nak bersalin tu still dengar dan memang menambah kecut perut saya. Apalagi amalan yang saya tak pernah tinggal zikir bagi menghilangkan rasa berdebar dan mempermudahkan proses kelahiran.



Start pukul 6pg dah start contraction baby nak keluar. Kali ni baru terasa sakitlah sebab saya tak  ambil epidural. Hanya Allah sahaja yang tahu sakit nak melahirkan baby. Mengulas punya mengulas tepat jam 8.17a.m lahirlah baby boy lagi, berat 3.31kg yang kami berikan nama Muhammad Adam Ammar.

Muhammad Adam Ammar
Hari berganti hari, musim berganti musim anak-anak pun dah semakin besar. Rayyan dah berusia 6 tahun Ammar dah masuk 3 tahun. Anugerah yang tak disangka mereka lahir selang sehari. Rayyan 23/9/2008 Ammar pula lahir 24/9/2011 senang kami nak sambut birthday mereka. Ini lah wajah kesayangan hamba sekarang. Doa kami sebagai ibu semoga Allah pelihara mereka menjadi anak-anak yang Soleh dan berguna kepada agama,nusa dan bangsa.


Muhammad Daniel Rayyan


Muhammad Adam Ammar
Berpantang
Amalan berpantang yang saya amalkan masa saya bersalin ialah makan jamu, berurut dan bertungku. Paling saya suka berurut. Terasa hilang stress bila pakar datang mengurut.


S
Sekarang bukan macam dulu semua jamu dah main letak dalam capsule jadi dah tak payah nak rasa pahit-pahit lagi. Anak pertama saya ambil set berpantang dari amway. Manakala anak ke dua saya cuba pula set berpantang jamu mak dara. Saya ambil dua set lengkap bersama bengkung. Kalau nak cerita pasal bengkung jamu mak dara punya bengkung lagi best pakai... Dari segi jamu saya lagi suka jamu dari Amway.


Set Berpantang Amway


Set Berpantang Jamu Mak Dara

 

Comments

Terima kasih atas perkongsian set berpantang selepas bersalin.. :)
Terima kasih atas perkongsian set berpantang selepas bersalin.. :)