Kurus dan Lecithin

Kemantapan Lecithin



Mengikut takrif Wikipedia, lecithin adalah istilah generic untuk mengkelaskan sekumpulan asid lemak berwarna kuning keperangan yang wujud di dalam manusia, haiwan dan tisu tumbuhan. Ia adalah kumpulan asid phosphoric, kolin, asid lemak, gliserol, glikolipid, trigliserida dan phospholipid.

Lecithin adalah satu supplement kegemaran saya. Bertindak sebagai agen pemecah lemak kerana saya rajin menternak lemak...hahhaa mmg jenis pecinta makanan... pengambilan lecithin secara berdisplin dapat mengurangkan berat badan saya.

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Lecithin pertama kali diasingkan pada 1846 oleh ahli kima dan ahli farmasi Perancis. Beberapa tahun kemudian, saintis akhirnya menjumpai lecithin wujud di dalam pelbagai komponen biologi seperti vena darah,  tisu otak manusia, hempedu, telur ikan, otak kambing dan ayam.Selain itu, ia juga ditemui pada kacang soya, telur, susu, sumber marin, biji kapas dan bunga matahari.

Fungsi sebenar lecithin
  • Lecithin berfungsi sebagai pengemulsi lemak iaitu pemecah lemak yang baik. Sebab itu lecithin sangat terkenal dalam program penurunan berat badan terutamanya untuk memecahkan lemak. 
  • Lecithin dijual sebagai suplemen dan digunakan dalam bidang perubatan. Selain itu, ia membantu kerja-kerja mencuci seperti untuk mencegah perlekatan (sticking) contohnya dalam penyembur tidak melekat (nonstick cooking spray).
  • Lecithin telah dibuktikan dapat menurunkan kolesterol jahat (LDL), trigleserida dan boleh meningkatkan paras kolesterol baik (HDL) oleh USFDA.
  • Otak manusia apabila dikeringkan, ia mengandungi lebih kurang 30% kandungan lecithin. Ini juga menunjukkan manusia juga memerlukan lecithin untuk meningkatkan fungsi ingatan.
Lecithin Shaklee
• Sumber terbaik – kacang soya
• Mengandungi Cholin & Inositol
• Cholin (kolina) membantu kecerdasan minda
• Inositol membantu ‘even distribution of body fat’
• Setiap kapsul mengandungi 520 mg lecithin

Saya juga pengamal lecithin digunakan sebagai pembakar lemak di dalam tubuh. Saya gabungkan Lecithin bersama Alfalfa sebagai set kurus saya. Memang ramai yang senang naik berat badan, bila nak turunkan berat punya lah susah kan?? 
Kurus dengan Lecithin memang tak dapat dipisahkan. Saya mengunakan lecithin dari bulan April 2014 sehingga June 2014 berat badan saya dari 64kg turun ke 56kg. Alhamdulillah turun juga kan... 

Perlukah berdiet atau tahan lapar semasa menggunakan Lecithin?? Cara yang betul berdiet adalah dengan JANGAN BERLAPAR kerana Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

Ada pula yang terlalu obses dengan KURUS sampai boleh menimbulkan penyakit ANOREXIA. Anorexia  adalah satu keadaan dimana seseorang sengaja menghadkan pengambilan makanan dan lazimnya tidak mahu mengekalkan berat badan yang normal dengan ketinggiannya.(kekurangan berat badan yang teruk).
Masalah gangguan pemakanan ini lazimnya berlaku dikalangan golongan remaja perempuan. Apakah ciri-ciri individu yang mengalami masalah gangguan pemakanan ?

Ciri-ciri:

  • Tubuh badan menjadi terlalu kurus seperti jerangkung
  • Jari tangan seperti pencakar
  • Muka cengkung
  • Mata seperti mahu terkeluar
  • Sakit ketika berbaring kerana hanya tinggal tulang dan menyukarkan pergerakan.
Komplikasi:
  • Tidak datang bulan tiga bulan berturut-turut
  • Penurunan tekanan darah dan suhu badan yang drastik akibat lemak yang berkurangan
  • Kerosakan dan kegagalan organ tubuh seperti jantung dan ginjal untuk berfungsi sehingga akhirnya membawa kematian
  • Suka menyendiri, malu dan tidak mahu bergaul dengan orang lain kerana berasa serba tidak kena dengan bentuk badannya
  • Perubahan personaliti seperti merasa tidak yakin, rendah diri, hilang tumpuan, mudah tersinggung, cepat marah, kemurungan.

Tabiat makan yang mencurigakan:

  • Pura-pura makan tetapi sebenarnya makanan disembunyikan atau dibuang
  • Memotong makanan menjadi bahagian-bahagian kecil
  • Mengunyah makanan secara lambat-lambat
  • Kerap menghindari makan bersama keluarga.

Perlukah Kita Ber DIET
Langkah menurunkan berat badan dengan amalan menyekat pengambilan makanan, tidak makan, atau makan makanan yang yang mengandungi kalori yang berlebihan akan membuatkan usaha untuk KURUS itu akan GAGAL.

Diet yang tidak seimbang menyebabkan segala bekalan zat dan nutrien tidak cukup untuk tubuh badan. Ada yang kurus tapi kelihatan TUA kerana zat dan nutrien yang tidak cukup.

Jangan tinggalkan senaman, kerana bersenam banyak memberi manfaatnya. Senaman merangsang pengeluaran endorfin yang meningkatkan metabolisme. Senaman juga menyihatkan jantung, menguatkan tulang, membantu tidur yang lebih baik, menurunkan stres, dan baik untuk kesihatan jiwa.
 

Pm/Whatapps : Nieya 012-3626804
Sid                  : 1128737
Facebook:https://www.facebook.com/nieyahealth?ref_type=bookmark



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=94133569fa68cdac680ed55b978ddb39


Comments