Kehebatan Berzikir


Mendengar alunan zikir dari ustaz ini menyentuh hati saya sebagai seorang muslim. Betapa banyak kelebihan yang Allah SWT telah berikan kepada kita, tapi kita kadangkala terlupa akan REZEKI yang Allah SWT telah berikan kepada kita tanpa mengira siapa diri kita. Rezeki yang sentiasa Allah berikan kepada kita rezeki berpeluang untuk hidup di bumi Allah ini.Di beri rezeki berkahwin, rezeki menjelajah dibumi Allah ni, rezeki menimang cahaya mata. Betapa Allah itu Maha permurah.

Marilah kita sama-sama mengingati Allah SWT dan Rasul kita dengan menjadikan zikir sebagai pelengkap hidup kita setiap hari. InsyaAllah dengan berzikir Allah SWT akan lebih sayang kepada kita. InsyAllah.
Pesan Imam Al-Bukhari: ‘Zikir adalah tugas harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan. Berzikirlah setiap masa agar Allah sentiasa ingatkan kita setiap masa.’ Demikian indahnya wasiat beliau kepada kita semua. Biasakanlah hati dan lidah kita berzikir kepada Allah kerana inilah yang dituntut Allah kepada kita.

Menurut Syeikh Hakim Moinuddin Chisti, kita akan mendapat 10 kebaikan kesan dari berzikir. Antaranya ialah:
1. Dapat membentengkan diri daripada bisikan syaitan.
2. Orang yang berzikir akan dilimpahi keredaan Allah
3. Dimurahkan ruang rezekinya
4. Membangkitkan aura sahsiah peribadi murni
5. Menghidup dan menjernihkan hati.
6. Mukmin yang senang berzikir itu akan mencapai taraf hampir dengan Allah
7. Mengelakkan diri daripada sifat mazmumah seperti mengumpat dan mengeji
8. Berupaya membina fikiran yang positif dan dinamik
9. Bersedia untuk hidup penuh berani
10. Dapat menenggelamkan sifat munafiq


Zikir menjadi keperluan harian saya tanpa zikir sekarang hidup macam tak lengkap. Amalan zikir ini dapat mendekatkan diri saya dengan Allah. Bila kita berzikir, menyebut nama-nama suci ini bukan sahaja dapat mendekatkan diri dengan Allah malah setiap ucapan dari lidah kita itu membawa seribu kebaikan. Ketenangan semasa berzikir tu hanya mereka yang melakukannya sahaja yang tahu.


lafaz lengkap
 

Astaghfirullah-hal-‘azim, allazi-la-ila-ha-illa-huwal-hayyul-qay-yumu, wa-atubu-i-laih (rujuk al-Ma’thurat). 

Yang bermaksud : ‘Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga dan aku bertaubat kepada-Mu.’

Antara kelebihan  zikir ini menurut seorang ustaz ia kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT dan sekiranya kita sedang berhadapan dengan masalah atau kesukaran, Allah SWT akan menolong kita dalam keadaan yang tak dijangka.

Daripada Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa sahaja yang selalu beristighfar, nescaya Allah memberikannya jalan keluar dari setiap kesulitan, kelapangan dan kegelisahan, dan rezeki tidak terduga.” (Ahmad, Abu Daud al-Nasa’i)
 
Bila saya ucapkannya umpama ia meresap keseluruh hati saya dan memberi seribu keinsafan dalam diri yang kerdil ini. Betapa banyak saya telah melakukan dosa ya Allah...
Beramal dengan Astaghfirullah.. juga, hati akan menjadi tenang, tidak resah gelisah, tidak keluh kesah, tidak putus asa, awet muda, positif thinking dan banyak lagi. 
Di dalam al-Quran, Allah SWT mengingatkan kita dengan firman-Nya yang bermaksud: “Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Ar-Rad, 8)
 
Ini bermakna, jika kita rajin berzikir, terutamanya dengan Astaghfirullah.., maka kita akan memperoleh ketenangan dan ketenteraman di dalam hati kita.
Sesungguhnya, nikmat hati yang tenang, tenteram, gembira walaupun sedang berhadapan dengan kesukaran hidup, adalah suatu nikmat yang tidak ada tolok bandingnya. Suatu nikmat yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit dan kemewahan.  

Saya sentiasa mengamalkan sebelum saya tidur cukup 100 kali terasa lengkap kehidupan saya untuk satu hari. Antara pelengkap harian saya adalah:

    • Ya Allah 100x
    • Istigfar 100x
    • Selawat ke atas nabi 100x
    • Ya Wahab 300x
Kelebihan saya amalkan zikir-zikir ini bukan saja dapat ketenangan malah menjemput rezeki yang tanpa kita jangka.Alhamdulillah perubahan yang ketara bila kita sentiasa ingat kepada Allah SWT. Rezeki ni bukan dari segi wang ringgit rezeki Allah SWT ni luas.

Tasbih digital
Tasbih digital memang nampak macam biasa saja tapi banyak kelebihannya. Macam saya ni kadang-kadang kuat pelupa bila kita zikir anak tetiba nak tu, nak ni, tanya tu, tanya ni lepas tu lupa kita dah zikir dah sampai berapa... Itu gunanya tasbih digital ni dia akan save berapa kali yang kita dah zikir just tekan saja dia akan start kira. Bila kita dah cukup kiraan zikir, kita boleh reset sahaja apa yang ada dan mulakan zikir yang baru.

melalui zikir kita dapat menyembuhkan penyakit hati daripada karat debu dosa yang dilakukan. Berzikir juga Allah janjikan akan mengangkat darjatnya seperti dikatakan oleh Rasulullah SAW:  
“Apakah kamu mahu aku ceritakan kepadamu berkenaan amal perbuatanmu yang terbaik dan yang paling bersih dalam pandangan Allah serta orang yang tertinggi darjatnya di antara kamu, yang lebih baik dari bersedekah emas dan perak serta lebih baik dari memerangi musuh kamu semua dan memotong leher mereka, dan mereka juga memotong leher kamu!” Kemudian sekalian sahabat bertanya: “Apakah itu wahai Rasul?” Baginda SAW menjawab: “Zikir kepada kepada Allah.”Hadis riwayat Al- Baihaqi
 
Allah sangat menyukai orang yang lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah. Ingatlah bahawa Allah sudah menjanjikan ganjaran pahala yang banyak kepada orang yang berzikir. Hal itu jelas apabila Allah berfirman yang bermaksud: 
 
“Golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.”Surah Al-Ahzab ayat 35 

Comments