Kebaikan Untuk Rayyan Dan Ammar

Rayyan ialah anak sulung saya manakala Ammar adalah anak ke dua saya. Ragam mereka dari dilahirkan sampai sekarang adalah berbeza. Tapi sebagai seorang ibu kadang-kadang rasa penat tapi jauh disudut hati inilah anugerah yang terindah dari Allah SWT kepada kami suami isteri. Merekalah penghibur kami dikala sunyi. Dari anugerah ini menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu dan ayah untuk membimbing mereka dan memberikan yang terbaik untuk mereka membesar.
Rayyan dan Ammar

Hakikatnya mendidik anak-anak memerlukan kesabaran serta ketekunan terutama anak-anak yang berada dalam proses pembelajaran. Dalam tempoh ini saya dan suami harus memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang yang mencukupi untuk mereka berdua. Saya faham semua ibu bapa di dunia ini mengharapkan anak-anak yang bijak,pintar dan soleh serta mempunyai budi pekerti yang tinggi apabila dewasa kelak. Ada beberapa tips yang saya amalkan dan saya ingin semua para ibu bapa mengamlkan nya juga adalah seperti :
  • Permakanan
    • Makanan adalah paling penting dalam melahirkan anak-anak yang sihat dan pintar. Sebagai ibu bapa kita mesti menyediakan makanan yang berkhasiat untuk mereka  supaya segala nutrisi mencukupi untuk mereka membesar. Saya memberi makanan tambahan atau supplemen untuk mereka kekal cergas dan cerdas seperti memberi mereka meal shake iaitu susu penuh protein yang bagus untuk mereka yang jenis memilih makanan. Ammar mempunyai masalah sembelit dengan memberi dia meal shake masalah sembelit Ammar tiada lagi dan saya memberi mereka chewable vitamin C sebagai meningkatkan sistem antibodi mereka.
  • Keadaan Sekeliling
    • kawasan persekitaran anak-anak anda juga memainkan peranan yang penting untuk menjadikan anak yang bijak.rangsangan ibubapa sangat penting dengan cara menyediakan kawasan permainan khas untuk anak-anak kecil anda.dengan memberikan permainan yang sesuai anak anda akan mendapat rangsangan awal apabila bermain.anak anda sebenarnaya sedang mempelajari sesuatu dari setiap aktiviti hariannya.
  • Pengalaman Luar
    • Saya dan suami akan memperuntukkan hari untuk mereka beralih ke suasana yang lain seperti percutian keluarga, beriadah berlainan tempat kerana boleh meransang mereka mempelajari sesuatu yang baru. Semakin banyak pengalaman semakin banyak ilmu yang mereka perolehi.
  • Beri Peluang
    • Dalam melatih anak menjadi seorang yang pintar kita hendaklah memberi mereka peluang dalam mengikuti sesuatu situasi . Jangan pinggirkan mereka dengan alasan mereka masih KECIL. Sebagai contoh mengajak mereka mengecat rumah, cuba libatkan anak kita dalam membuat keputusan bersama dalam memilih warna yang ingin dipilih.Ini dapat merangsang anak kita untuk berfikir dan secara tidak langsung akan menanam satu perasaan dalam hati anak kita yang dia juga penting dalam keluarga dan diri rasa diberi penghargaan.
  • Beri penghargaan
    • Anak-anak saya suka bila melakukan sesuatu mendapat perhatian dan pujian dari kami. Ini dapat membuat mereka berasa lebih dikasihi dan mengembirakan hati mereka. Dengan berbuat demikian menjadi lebih rajin dan taat kepada kami.

Sememangnya dalam mendidik anak-anak tak kira lelaki atau perempuan memerlukan masa yang lama untuk melihat hasilnya, namun jika kita sebagai ibu bapa fokus, sabar dan memberi sepenuh perhatian kepada mereka InsyaAllah kita akan melahirkan anak-anak yang soleh,pintar serta taat kepada ibu bapa. Tak lupa kita hendaklah selalu berdoa agar anak-anak kita menjadi anak yang berguna kepada agama,nusa dan bangsa.


Amalan Saya Untuk Anak-anak

Comments