Ibu Cergas, Anak Cerdas

Alhamdulillah dilembaran kali ini saya ingin berkongsi tentang susu ibu. Susu ibu mempunyai banyak kebaikan berbanding dengan susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang dapat disalurkan terus kepada bayi. Antibodi tersebut amat berguna untuk menguatkan pertahanan badan bayi daripada mengalami sebarang jangkitan terutamanya yang melibatkan penyakit seperti selesema dan penyakit alahan seperti asma, ekzema (penyakit kulit), cirit-birit dan sebagainya. 

Saya Dan Anak-anak
Saya telah melahirkan dua orang putera dan alhamdulillah mereka berdua dapat saya penuhi keperluan susu sehingga umur mereka 2 tahun. Pengalaman saya, susu ibu ni dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak. Bagi ibu yang bekerja dinasihatkan memerah susunya terlebih dahulu di dalam bekas yang diletakkan di dalam peti sejuk untuk dibekukan. Apabila mahu digunakan semula letakkan bekas tersebut di dalam bekas yang mengandungi air suam.

Kebaikan susu ibu :
  • makanan terbaik untuk bayi kerana mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan bagi tumbesaran dan perkembangan otak bayi, mudah hadam dan sentiasa tersedia pada suhu yang tetap.
  • Susu Ibu adalah bersih dan sihat
  • Susu ibu sentiasa tersedia dan yang penting ia menjimatkan.
  • Bayi yang menyusu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga enam bulan yang pertama, mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat berbanding bayi yang tidak diberi susu ibu.
  • Sebagai imunisasi pertama bayi. Secara keseluruhan, nutrisi-nutrisi penting ini yang diberikan ketika bayi masih kecil membantu memberikan kesan jangka masa panjang terhadap perkembangan dan masa hadapan kanak-kanak.
  • Baik juga kepada ibu dalam mempercepatkan proses penurunan berat badan.
Kaedah semulajadi yang digunakan oleh saya bagi banyakkan susu ialah dengan menggunakan daun sirih sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak. InsyaAllah membantu. Ia dilakukan semasa di dalam pantang.

Selain dari mengguna kan kaedah tradisional, sekarang pelbagai pilihan produk untuk memperbanyakkan susu ibu. Antara produk yang hot di pasaran adalah ESP Shaklee. Nikmatilah kehidupan kita sebagai seorang ibu kerana anak itu satu amanah dari Allah SWT  dan penyeri kehidupan sesebuah keluarga.

Bagi ibu yang punyai masalah kekurangan susu badan bolehlah amalkan doa ini semasa hamil. InsyaAllah membantu.

Doa Banyakkan Susu

Comments