Adakah Anda Subur?

Endometriosis

Adakah anda sering sakit perut, pinggul, kitaran haid tidak teratur dan sakit ketika melakukan hubungan seksual? Jika jawapan anda Ya, ia mungkin disebabkan oleh endometriosis.

Perunding Obstetrician dan Pakar Sakit Puan Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Dharmini Veerakumaran berkata, endometriosis adalah satu keadaan luar biasa yang mana tisu daripada selaput dalam rahim yang digelar endometrium tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim.

Selaput ini biasanya hadir bersama darah haid. Oleh itu campuran darah daripada rahim dengan tisu yang berkecai daripada lapisan endometrium serta bakteria yang digelar sebagai darah haid. 



Endometrium biasanya terjadi kepada wanita linkungan umur lewat 20-an dan 30- an, juga kepada wanita yang tidak pernah melahirkan anak. Endometriosis memiliki komponen genetik iaitu jika seseorang wanita yang mengalami endometriosis mempunyai saudara terdekat, ada kemungkinan saudaranya itu turut mengalaminya.

Sebagai contoh paling kerap berlaku, kedudukan ovari yang melekat pada uterus akan menyebabkan salur Fallopio berjauhan daripada ovari dan jika berlaku ovulasi, telur tidak dapat dicapai salur fallopian dan persenyawaan tidak akan berlaku.

Dalam kes lebih serius, kerosakan mendalam pada salur Fallopio menyebabkan ia tersumbat, rosak dan kemandulan akan berlaku.

Ovari yang ditumbuhi endometriosis pula akan mengumpul darah ketika kitaran haid dan berlakulah ovarian cyst yang mengandungi darah, iaitu seakan-akan seperti coklat cair di dalamnya.

Jika keseluruhan ovari diselaputi oleh endometriosis, ovari tidak dapat lagi berfungsi dengan normal dan gagal melepaskan telur disebabkan folikel terperangkap oleh parut pada bahagian permukaan ovari.
Endometriosis juga boleh menjejaskan kesuburan dengan melepaskan bahan kimia beracun pada pelvis. Jika telur berjaya dilepaskan juga daripada ovari, bahan kimia ini boleh mengurangkan kemampuan telur untuk disenyawakan. 

Ovarian Cyst
Ovari adalah sebahagian daripada sistem pembiakan wanita. Ia terletak di dalam abdomen yang lebih rendah pada kedua-dua belah rahim. Wanita mempunyai dua ovari yang mengeluarkan telur. Saiz dan bentuk ovari adalah seperti walnut. 
Ovari menghasilkan telur (ovum) dan hormon wanita estrogen dan progesteron.Ovari adalah sumber utama hormon wanita yang mengawal perkembangan ciri-ciri badan wanita seperti payudara, bentuk badan, dan juga rambut. Ia juga mengawal kitaran haid dan kehamilan.

Gambar di atas menunjukkan ovari dengan cyst. Ovarian cyst sebenarnya adalah kantung yang mengandungi cecair berada dalam kilang telur ovari. Cecair ini boleh jadi cair seperti air, pekat likat dan ada kalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza.

Ovarian cyst yang normal akan membesar, dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional ovarian cyst. Ia tidak merbahaya kecuali jika saiznya terlalu besar. Beberapa jenis ovarian cyst yang tidak mengganggu kesuburan, antaranya:

  • Functional cysts – iaitu cyst yang terjadi secara normal semasa kitaran haid, malah kehadiran functional cyst lah yang menandakan seseorang wanita itu subur.
  • Cystadenomas – cyst ini bukannya cyst yang berlaku dalam kilang telur ovari, tetapi berlaku di permukaan lapisan luar kilang telur ovari. Jadi ia tidak mengganggu kesuburan.
  • Dermoid cysts- cyst ini mengandungi beberapa tissue seperti kulit, rambut malah gigi. Ia selalu dikeluarkan melalui pembedahan dan tidak mengganggu kesuburan.

Perlukah Dibedah? Jawapannya pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan  ke atas setiap pesakit. Jadi jawapan yang tepat setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui pembedahan.

Pembedahan hanya dilakukan dengan tiga tujuan,
  • Untuk melakukan biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu diambil bagi menentukan sama ada ianya kanser atau bukan
  • Untuk membuang ovarian cyst, jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakit (eg sakit perut, ketidak-teraturan kitaran haids etc)  dan jika saiz diameternya melebihi 5 cm kerana bimbang akan pecah dan kesan-kesan lain
  • Untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari (yang disangka ovarian cyst biasa) telah disahkan sebagai ovarian cancer.
Set kesuburan Shaklee 

Shaklee ada menyarankan beberapa produk yang membantu wanita dalam proses menyuburkan. Rezeki anak ni bukan urusan kita tapi Allah menyeru supaya kita sentiasa berusaha untuk mendapatkannya.

Vita E
  • Mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.
  • Membantu meningkatkan hormon seks lelaki dan wanita.
  • Menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita
Gla Complex
  • Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E
  • GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
  • Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
    Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.
  • Meningkatkan tahap kesuburan
Alfalfa

  • Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.
  • Membantu mengatasi rasa "sakit ketika bersama".
  • Membantu mengatasi masalah keputihan  dan haid yang tidak teratur.
  • Bertindak sebagai "kacip Fatimah".
Zinc Complex 

  • Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. 
  • Membantu masalah kesuburan, prostat, keguguran rambut dan luka.
Sambil kita berusaha jangan lupa sentiasa kita memanjatkan doa agar kita diberi zuriat yang baik.
Disini ada 2 keping doa yang harus diamalkan setiap hari. Yang sudah ada anak tetapi ingin mendapatkan zuriat lagi juga boleh mengamalkan juga. Mudah2an Allah SWT mendengar doa kita. Mari kita amalkan doa2 dari himpunan Ustaz Harun Din..
  • Baca surah Al Fatihah
  • Doa mohon zuriat seperti bawah ini 

Wahai Tuhanku, janganlah engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik2 Yang Mewarisi" (Al Anbiya:89) "Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan Yang baik, Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan" (Ali Imran:38) Dan tidaklah orang2 kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap2 benda Yang hidup?  maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (An-Anbiya:30)
  • Baca doa ini sebanyak tujuh kali

Maha suci Tuhan yang urusannya antara "kaf" dan "nun". Maha suci Allah yang urusannya apabila DIA menghendaki sesuatu, Ia berkata "Jadilah. maka akan jadilah". Aku bermohon kepada Allah yang maha Agung, Tuhan yang memiliki Arasy yang Agung agar DIA menyembuhkan dikau.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=15b16cf1aa29a55a67eeeb7dc6e5f686

Comments