Lawak Gila Punya Cerita

Ketawa demi kesihatan. Kata orang, gelak ketawa itu adalah penawar yang paling mujarab. Gelak ketawa itu juga adalah cara yang baik untuk mendorong diri anda berasa bahagia. Gelak ketawa adalah baik untuk kesihatan kerana gelak ketawa itu mengurangkan tekanan mental dan menggerakkan kesemua organ dalaman anda. Penggunaan gelak ketawa untuk menyembuhkan tercatat sejak zaman Greece kuno lagi. Pada 1991, Klinik Ketawa pertama ditubuhkan di Britan. Jika kita merentas dunia, puak di Afrika dan di hutan khatulistiwa di Amerika Selatan menggunakan gelak ketawa sebagai alat untuk menyembuhkan.

Penyelidikan perubatan menunjukkan bahawa gelak ketawa mencetuskan pengeluaran dua bahan kimia neuropeptida yang dinamakan endorfin dan enkefalin. Kedua-dua bahan kimia itu dikenali sebagai ubat penghilang kesakitan semula jadi badan. Gelak ketawa juga boleh menyebabkan badan anda mengeluarkan katekolamin bersama dengan adrenalin dan bukan-adrenalin, dipercayai mempercepatkan proses penyembuhan.

Jadi bagaimana boleh menimbulkan gelak ketawa dalam diri anda? Gelak ketawa lazimnya satu tindakan refleks kepada sesuatu yang menggelikan kita secara fizikal atau mental. Dapatkah tindak balas itu dicetuskan secara sengaja? Jawapannya, 'boleh'. Untuk menimbulkan keadaan fikiran yang sesuai untuk bergelak ketawa, cuba baca sebuah komik atau buku yang lucu, menonton suatu komedi atau hanya memerhatikan telatah haiwan kesayangan anda.

ok Jom kita  mulakan dengan cerita-cerita lawak yang akan saya share bersama korang...jom

TAKUT HAMIL...
SARI mengadu kepada ibunya tentang hal buruk yg menimpanya. . . . .

SARI : (ketakutan) Maakkk, mana bapak?

IBU : Bapak keluar...ngko dah kenape?!

SARI : (dgn nada pelan) minta maaf Mak...kemungki nan Sari hamil.

IBU : (terkejut) Apa?

SARI : (gementar) Ya, hamil.

IBU : Aaahh...tak mgkin, ko cuma sakit je tu... ko pi rehat je situ...

SARI : Tapi sejak kebelakangan ini...Sari selalu muntah2, Mak.

IBU : (rasa geram) Aaahh...paling 2 pun masuk angin je ko itu.. pi beli minyak angin... sembuh jugak ko tu nanti.

SARI : (tersedu-sedu) hikss...hikss. ..tapi kenapa skrg Sari suka makan yg masam2, Mak . . . ?
IBU : (dgn kesal sambil menjerit) Cukup2 la kau berangan SARIPUDDIN. Mak lempang jugak ko nanti. Pondan mana boleh beranak!!!!!

MARRIED BUSSINESS

Dad: I want youto marry a girl of my choice.
Son: No..!
Dad: The girl is Bill Gates daughter.
...Son: Then okay.

Dad goes to Bill Gates..

...Dad: I want your daughter to marry my son.
Bill Gates: No..!!
Dad: My son is the CEO of World Bank.
Bill Gates: Then okay..

Dad goes th the President of the World Bank.

..Dad: Appoint myson as CEO
President: No..!
Dad: He is the son-in-law of Bill Gates.
President: Then ok..

This is BUSINESS

FIRST NIGHT

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang.."

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."

Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".

JOM TRY TEST

Cara2 mengesan jin pd badan mengikut pandangan pengamal perubatan:

1. Istighfar sebyk mungkin.
2. Baca bismillahi...
3. Baca selawat 3kali
4. Tarik nafas dgn pelahan dan pejamkan mata.
5. Tundukkan kepala dan dgn perlahan2 buka kedua2 mata.
6. Lihat bahagian pinggang kebwh.
7. Sekiranya ada jin pada tubuh kita blh mengetahuinya semasa membuka mata tadi dgn cara mengesan jenama jin tersebut samada levi's,  puma, lee dan seumpamanya..

Selamat mencuba ya.!!

3 lelaki masuk meminang anak Pak Imam.

Pak Imam - " Kau nama siapa?"
Lelaki 1 - " Nama saya Yusuf.."
Pak Imam - " Haa.. Kau baca surah Yusuf.. Aku nak dengar.."
Lelaki 1 membaca surah Yusuf dengan lancar..

Pak Imam - " Apa nama kau?"
Lelaki 2 - " Nama saya Ibrahim, Pak Imam.."
Pak Imam - " Kau baca surah Ibrahim.. Baca dengan betul.."
Lelaki 2 membaca surah Ibrahim dengan baik dan lancar..

Lelaki 3 mulai menggigil.

Pak Imam - "Kau.. Nama kau apa..?"
Lelaki 3 - " Err.. Err.. Nama saya Yasin.. Err.. Tapi kat rumah, Mak dan ayah saya panggil saya Qulhuwallahuah ad.."

Lelaki 4 masuk dan mula mengigil belum pon tok imam tanya dulu
"Anak tok imam nama fatihah kan?"
Lantas dia baca surah fatihah hingga habis.
"Fatihah tu adik dia, , sekolah lagi . Yang ni Mariam. Sila baca surah Mariam sekali."

Lelaki ke 5 masuk dengan senyum lebar sebab nama dia tak ada dalam surah al-quran. Dalam hatinya tok imam tak boleh suruh baca surah seperti namanya.
Tok imam... "siapa nama kamu?"
...dengan senyum dan penuh harapan ... " Nama saya karim"
Tok imam... "hah molek lah tu..kamu baca seluruh Al-Quranul Karim"
Lelaki ke 5 terus pengsan

Lelaki ke 6 masuk dengan tenang
"Nama siapa?
dengan tenang lelaki itu menjawab..."Nama saya Amin....."
Tok Imam pon terus tadah tangan .... AMIN...

PS: Jika anda ingin mencari produk perlangsingan badan di sini anda bole membeli secara ONLINE
anda pasti tidak akan kecewa....

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c1502ae5a4d514baec129f72948c266e

Comments