Lawak Jenaka

Semoga dapat iktibar (Sorry: 18SX only)

Di suatu kawasan pedalaman di Pahang, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang janda yang masih muda, seksi dan cantik, namanya Siti (Bukan nama sebenar)

Siti membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang mat lembut, dan seorang kaki mabuk.Memandan gkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Siti terpaksa memilih salah seorang dari mereka.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Siti memilih si lembut bernama Non (mungkin nama sebenar) untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang mat lembut daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. Non telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. Non kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si janda muda Siti ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si Non ni, Siti pun berkata kepada Non,

"Non, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah Non dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, Non tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Non pulang kerumah. Sampai ke rumah, didapati Siti sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran Tv.

Siti menghampiri Non perlahan....

"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Siti.
Non dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.

"Sekarang, buka kasut ku."
Non buat, perlahan sekali.

"Buka, setokin ku.."
Dia buat juga.

"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.

"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

"Sekarang....bu ka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkanny a.

Kemudian, Siti pun memandang Non, sambil berkata...

"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."

Sekian.

Pembantu Rumah

Seorang sahabat sdg mencari pembantu rumah & setelah diselidik diagensi.. Senarai akhir, adala 3 orang wanita indonesia yg tersenarai.. Banyak la soalan yg ditanya, kesemuanya sama antara ketiga2 calon tu.. Sapa nama, umur, status & pengalaman kerja..

calon 1..
Apa nama? Erni
Umur berapa? 22 tahun tuan
Berkahwin atau belum? Ahh, tuan... masih bujang
Kenapa tak kahwin? Belum ada yg COCOK

calon 2..
Apa nama? Esah
Umur berapa? 24 tahun tuan
Berkahwin atau belum? Sudah tuan.. Sudah ada yg COCOK

calon3..
Apa nama? Piah
Umur berapa? 23 tahun tuan
Berkahwin atau belum? Ahh, tuan... sudah bercerai
Aii.. Muda2 lagi dah bercerai? Kurang COCOK tuan

 ::) ::) ::)

Sampai Sudah Tak Habis

Boss berkata kpd Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.
Secretary menelefon Suaminya : Utk seminggu boss sy & sy akan outstation, awk pandai2 jaga diri nanti...
Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri sy akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....
Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Sy kene bekerja selama seminggu, jadi awk tak perlu datang utk tuisyen...
Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, utk seminggu sy takde kelas sebab cikgu sy sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...
Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni sy nak abiskan masa bersama cucu sy.. Batalkan outstation tuh...
Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss sy ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...
Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama utk minggu ni, isteri sy dah membatalkan outstationnya. ..
Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.
Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu sy cakap minggu ni sy kene pergi kelas tuisyen. Sori, sy tak bleh temankan atuk...
Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..

Comments