Dtx Complex


 Para profesional tentang penjagaan kesihatan telah mengenal pasti empat risiko tingkah langkah utama iaitu kurang bersenam, diet kurang sihat, merokok dan pengambilan alkohol akan menyebabkan rakyat negara ini semakin terdedah kepada Penyakit Tidak Berjangkit (PTB).
Menurut Laporan Status Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai NCD 2010, daripada 57 juta kematian global pada 2008, 36 juta atau 63 peratus adalah disebabkan oleh PTB.
Rantau Asia Tenggara (SEA) ialah antara rantau yang mencatatkan peningkatan tertinggi PTB.
Satu faktor penting dalam penjagaan kesihatan yang tidak disedari ramai orang kerana kurang ditekankan tetapi amat penting untuk badan yang sihat ialah kesihatan hati.
Menjaga kesihatan hati ialah langkah pertama dalam usaha mengubah amalan gaya hidup seseorang.
Hati ialah organ penting dalam badan manusia dengan menjalankan 500 fungsi yang diketahui termasuk menyimpan tenaga dan vitamin badan, mengeluarkan hormon dan hempedu serta membantu mengemulsikan lemak dalam badan.
Hati pada asasnya merupakan organ yang penting kepada kehidupan.
Bagaimanapun, fungsi fisiologi yang dilakukannya tidak dilihat atau dirasai sehinggalah hati dibelenggu masalah atau penyakit.

Kerosakan Hati
Pakar Gastroenterologi dari sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor, Dr. Loong Yik Yee, berkata, amalan gaya hidup kurang sihat boleh menjejaskan fungsi hati yang menyebabkan kerosakan ketara kepada badan kita.
Penyakit hati ialah istilah luas yang meliputi semua masalah yang mungkin menyebabkan hati gagal melaksanakan fungsi yang sepatutnya dilakukan.
"Salah satu daripada masalah tersebut ialah sirosis dan kegagalan hati. Sirosis ialah istilah yang menggambarkan parut kekal pada hati di mana sel hati normal digantikan oleh tisu parut yang tidak dapat melakukan sebarang fungsi hati.
''Diagnosis masalah hati sukar dilakukan kerana gejalanya tidak begitu khusus, antara lain termasuk loya, kelesuan, kelemahan atau kehilangan berat," katanya.
Pada hakikatnya, tidak sukar untuk melindungi fungsi hati iaitu hanya perlu menambah Fosfolipid Penting (EPL) dalam diet.
EPL ialah blok binaan bagi membran sel hati, yang kini boleh didapati dalam bentuk pemakanan tambahan oral di mana-mana farmasi.


DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
  • Biji ‘milk thistle’
    • Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi
    • Merupakan bahan utama dalam DTX
    • Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida
  • Biji schizandra chinensis
    • Menghalang Toksin berada dalam badan
    • Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
    • Mengandungi Antioksida
  • Cendawan Reishi
    • digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida
  • Dandelion
    • Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
    • Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu
  • Kunyit
    • Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu
  • Ekstrak artichoke
    • Mengandungi ‘Cynarin’yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus  membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal
Beberapa pakar perubatan mengatakan, kerosakan hati dapat dilihat dengan menggunakan CT scan. Namun, gangguan organ hati dapat dilihat dari bentuk fizikal seseorang.
 
Berikut adalah bahagian tubuh yang menunjukkan ada masalah hati, 

Lingkaran gelap pada pada
Beberapa peneliti mengungkapkan, lingkaran gelap pada atas dan bawah mata berkaitan dengan kerusakan organ hati. Memang pada dasarnya banyak yang beranggapan bahwa lingkaran hitam di daerah mata hanya bentuk kelelahan tubuh. Tetapi hitamnya lingkaran mata adalah suatu tanda bahwa seseorang terserang penyakit hati.

Mata berwarna kuning
Mata yang berwarna putih jika Anda penderita penyakit hati akan berubah menjadi kuning. Ini merupakan tanda agar Anda harus segera memeriksakan diri ke dokter.

Perut menjadi buncit
Perut yang membesar tetapi tidak mengonsumsi banyak makanan merupakan tanda dari gangguan organ hati. Pasalnya, perut yang membengkak akibat adanya infeksi dan kerusakan di hati.

Bau mulut yang menyengat
Bau mulut seperti ikan busuk atau bawang busuk juga dinilai salah satu gangguan dari fungsi hati. Hal ini terkait adanya kelebihan ammonia yang diproduksi dalam tubuh.

Selain mengamalkan vitamin DTX Complex ini, gaya hidup seseorang perlu diubah. Pengarah Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan Pengguna Sanofi, James Wong, berkata membran sel hati boleh terjejas disebabkan gaya hidup kurang sihat seperti pengambilan makanan berminyak, minum arak, merokok, pengambilan terlalu banyak ubat atau jangkitan daripada virus tertentu.

Comments