Cerita Lawak...

Interview Lanun


Seorang lelaki yang kudung kakinya, tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.
Penemuduga : Bagaimana kaki kamu menjadi kudung..??
Lelaki : Cedera ketika perang dunia kedua.
Penemuduga : Mengapa tangan kamu bercangkuk..??
Lelaki : Terpotong dengan pisau besar.
Penemuduga : Mata kamu pula..??
Lelaki : Satu hari ketika hujan saya mendongak ke langit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya.
Penemuduga : Adakah kerana itu mata kamu rosak dan tinggal sebelah..??
Lelaki : Bukan sebab itu, mata saya terkeluar ketika saya menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu.

Baru Menjadi Ayah...kkekeke

Seorang suami sedang menunggu kelahiran anak pertama diluar rumah.
Sementara itu kedengaran rintihan isteri di dalam bilik semakin kuat bersama seorang bidan... Beberapa minit kemudian terdengar tangisan bayi dari dalam bilik lalu si suami terus kedalam bilik untuk melihat keadaan isteri dan anaknya...
Bidan : "Alhamdulillah.ister i anda selamat melahirkan anak pertama anda.."
Si Suami : "Terima kasih bebanyak Mak Jenab... berapa kilo anak saya nie?"
Bidan : "4.9kg"
Si Suami : "Wah.. besarnya anak saya... mesti koyak pun besar kan?"
Bidan : "Ya.." (sambil menjahit bahagian terkoyak)
Si suami kelihatan bimbang, risau dan gugup. Peluhnya jatuh bercucuran, matanya memandang tepat pada mak Bidan yg sedang "menjahit".
Tiba-tiba si suami berkata: " Tunggu-Tunggu Mak Jenab!"
Mak Jenab Bidan terkejut dan berhenti...
Si suami dengan penuh harapan berkata...
Si suami : "Tolong jangan jahit semuanya... tinggalkan sikit untuk saya".
 

Comments