Karenah anak ku Rayyan....

Kesian bila pikir Rayyan bakal mempunyai adik tapi dalam pada masa yang sama aku bersyukur Allah memberi aku "rezeki" yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Start je aku disahkan mengandung Rayyan kena demam panas...sampai tarik....kesian hanya Allah je yang tahu perasaan bila tengok anak sakit sampai macam tu sekali. Lepas kena demam seminggu selepas itu Rayyan kena pula sakit mata... aku rasa berpunca dari mandi air panas di Jasin. Sampai sekarang batuk masih tidak kebah. bertambah pula demam Rayyan bila di suruh berhenti minum susu badan.
Rayyan perangai nya lain sikit dari kanak-kanak lain. Aku lihat anak-anak orang lain sebaya dengan Rayyan minat dengan kartun, tapi Rayyan minat dengan ASTRO OASIS....macam pelikkkan..tapi itu lah minat nya. Mungkin dia suka alunan zikirullah yang berkumandang. Perkataan untuk meminta tukar channel ke astro oasis "TV YA ALLAH"...hahhahahha...... sampai mummy dan daddy tak de chance nak tengok channel lain...

Comments