Kebaikan Kopi "O"

Salam 1 Malaysia,


Selain dari penemuan Keju, Yoghurt, Cuka dan Olive Oil, kaum Arab juga telah lama menghadiahkan kepada dunia satu minuman sihat, iaitu Kopi. Sehingga kini masih dipanggil Arabica.
Kita semua sudahpun tahu bahawa Kopi O adalah minuman yang mempunyai antioxidant natural yang cukup banyak dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Kini, satu lagi berita baik untuk peminat Kopi O. Minima 3 cawan sehari dapat mengurangkan risiko mendapat Diabetes Type 2 sehingga sebanyak 25%.

Sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Rachel Huxley dari University of Sydney, telah melakukan Meta-Study dari 18 laporan penyelidikan ke atas 450,000 orang. Meta-Study ini telah mendapati kelebihan Kopi O di dalam mengurangkan risiko Diabetes Type 2. Namun mereka masih hairan bagaimana Kopi O dapat melakukan Prevention terhadap Diabetes. Sedangkan Ubat-ubatan Diabetes dari Farmasi yang bernilai ratusan juta dolar setahun sehingga kini tidak mempunyai sebarang manfaat prevention. Kemungkinan manfaat Kopi O datang dari komposisi natural di dalamnya yang mempunyai magnesium, lignans dan chlorogenic acid.

WASPADA
Kopi yang baik ialah 100% serbok biji kopi yang dikisar. Itu saja. JANGAN TERTIPU DENGAN SERBOK KOPI CAMPURAN kerana walaupun warnanya hitam, serbok ini telahpun diblendkan di kilang dengan marjerin ( punca saluran jantung tersumbat ), gula putih ( punca utama kencing manis ) dan tepung gandum ( yang menambah lemak badan kerana kalorinya ). Jadinya, baca label sebelum membeli kopi.

Sebagai pemanis, gunakan gula merah, madu, stevia atau maple syrup. Elakkan gula putih samasekali. Kalau nak lagi sihat, renjiskan sedikit serbok atau minyak Habbah Sauda.

Comments