Mee Kari

Bahan-Bahan:
15 ulas bawang merah

10 ulas bawang putih
1 inci halia
(ketiga-tiga bahan ini di kisar halus)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/1 inci halia
(dimayang halus)
1 batang bunga kantan (di potong halus)
2 paket kecil serbuk kari ayam/daging
3 sudu besar cili boh
santan kelapa dari 1 ½ biji kelapa
air asam jawa secukupnya
garam
gula
ajinomoto
air asam jawa
minyak

p/s: gaulkan bahan yang dikisar halus bersama serbuk kari.. bahagi kepada dua bahagian.. satu untuk ditumis dan satu lagi perapkan bersama isi ayam yang dipotong bahan isi:

3 ketul fishcake

1 paket fishball
500 gm ayam (dipotong halus)
6 keping tauhu kering (dipotong 4)
150 gm isi kerang

sedikit kacang panjang (dipotong dalam anggaran 1 inci kira-kira satu mangkuk)

bahan mee:
2 bungkus mee kuning
100 gm taugeh
100 gam sawi
(ketiga bahan ini di celur)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu)
2 biji cili merah (dipotong nipis)
3 biji telur (direbus)
bawang goreng
daun sup
daun bawang
limau nipis

Cara:


1. Tumis bawang besar,bawang putih,halia sehingga garing.
2. Masukkan ayam/daging.Goreng sehingga separuh masak.Kemudian masukkan fishcake/fishball serta udang dan goreng sehingga separuh masak juga.
4. Masukkan sos tiram,kicap pekat,stok ayam dan kicap masin.Kacau sos tersebut.
5. Masukkan serbuk lada hitam secukup rasa.Cili api yang telah diketuk dimasukkan sekali.
6. Tambahkan air mengikut banyak kuah yang dikehendaki.
7. Tambahkan sedikit gula.Jangan terlalu manis.Masukkan secukup rasa sahaja.
8. Masukkan sayur-sayuran apabila kuah sudah mendidih.
9. Sebelum menutup api, bolehlah dimasukkan bancuhan tepung jagung bagi memekatkan kuah.
10.Apabila sudah masak bolehlah dihidangkan dengan menuangkan kuah ke atas mee yang sudah dicelur.

*(Mee dicelur bagi mengelakkan kuah diserap terlalu cepat)

* Tidak perlu menambah garam kerana kicap masin dan stok sudah sedia masin.

Comments

ikrami said…
mmmmm..sedap ni... bila la nak rasa isteri saya masak macam ni.. :)