Tip kesihatan dan Penjagaan Wanita 30-an

1.Kawal pemakanan

Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafein, minuman ringan dan makanan ringan.

2.Guna pelembab yang sesuai
Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu, penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

3.Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari
Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari di dalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

4.Sentiasa bersenam
Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

5.Minum banyak air
Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dengan minum banyak air. Ini kerana air adalah asset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

6.Makanan tambahan
Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan di pejabat dan di rumah menyebabkab kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

7.Elakkan bermekap tebal
Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstick yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita nampak lebih tua dan garang.

8.Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang

Anda mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

Comments