Penjagaan Gigi Ketika Mengandung

Ibu Mengandung dan Kesihatan Pergigian


Tiada bukti yang mengesahkan mitos kehilangan gigi akan terjadi setiap kali

mengandung. Gigi sebenarnya boleh kekal sepanjang hayat sekiranya penjagaan kesihatan

pergigian yang baik diamalkan.

Bagaimana Kehamilan menjejaskan Gigi Dan Gusi Anda?

Mengidam makanan manis dan alahan semasa hamil, boleh mengakibatkan kerosakan gigi

dan penyakit gusi lebih mudah terjadi.

Bakteria dalam plak bertindak balas dengan makanan menghasilkan asid, menyerang gigi dan

menyebabkan berlakunya kerosakan gigi. Plak juga boleh merengsakan gusi menjadi merah,

sakit dan mudah berdarah.

Kebiasaan nya kehilangan gigi yang berlaku semasa hamil adalah berpunca dari kerosakan

gigi atau penyakit gusi.

Apakah Ketumbuhan Semasa Kehamilan?

Ia merupakan keradangan gusi, dan ketumbuhan bukan kanser yang terjadi akibat tindak

balas keterlaluan rengsakan kepada gusi. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan akan

hilang selepas bersalin.

Pentingnya Penjagaan Mulut Semasa Kehamilan

Penjagaan mulut semasa hamil adalah penting kerana terdapat kajian yang mengaitkan

keradangan gusi dengan kelahiran bayi pra matang dan kurang berat badan.

Oleh itu, penjagaan mulut yang baik adalah penting semasa kehamilan. Ia bukan sahaja

mengatasi masalah pergigian ibu mengandung malah ia membantu perkembangan kesihatan

bayi.

Bagaimana Anda Boleh Mengelakkan Kerosakan Gigi dan

Penyakit Gusi?

Panduan di bawah dapat menjaga kesihatan pergigian dan mengekalkan senyuman menarik

anda sepanjang kehamilan:

• Berus gigi dengan bristel lembut terutama di leher gigi setiap hari.

• Guna ubat gigi berfluorida.

• Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi.

• Makan secara sihat. Elakkan pengambilan kerap makanan ringan yang manis.

Sebaliknya, pilihlah makanan yang rendah gula, lemak dan garam seperti buahbuahan,

sayur-sayuran, dan kekacang.

• Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala.

Rawatan Pergigian Semasa Kehamilan

Dapatkan pemeriksaan pergigian di awal kehamilan.

Beritahu doktor pergigian yang anda hamil.

Rawatan pergigian pada umumnya boleh dilakukan dengan selamat. Sesetengah ubat dan bius

boleh digunakan semasa rawatan pergigian supaya anda lebih selesa. Walau bagaimanapun

anda dinasihatkan untuk mengelakkan rawatan tertentu semasa tiga bulan pertama kehamilan

Comments